Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Sarawak mahu gandakan saiz ekonomi kepada RM282 bilion menjelang 2030 – Abang Johari
  • BISNES

Sarawak mahu gandakan saiz ekonomi kepada RM282 bilion menjelang 2030 – Abang Johari

Utusan Sarawak 2 days ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan Pelancaran Rasmi Rancangan Malaysia Ke-13 Sarawak (2026–2030), di sebuah hotel terkemuka, Kuching, hari ini. Foto Masrin Affirah

KUCHING: Sarawak menyasarkan untuk menggandakan saiz ekonominya kepada RM282 bilion menjelang 2030, selaras dengan aspirasi di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) (2026–2030) dan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) Sarawak.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, sasaran itu melambangkan tekad kerajaan negeri untuk menjadikan Sarawak sebagai negeri yang mempunyai ekonomi berpendapatan tinggi, hijau dan inklusif menjelang 2030.

“Melalui usaha berterusan di bawah PCDS 2030, kita berhasrat menggandakan saiz ekonomi Sarawak.

“Daripada RM148.2 bilion pada tahun 2024 kepada RM282 bilion menjelang 2030, dengan pendapatan isi rumah median disasarkan mencecah RM15,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Ekonomi Sarawak 2025 di sebuah hotel terkemuka, di sini, hari ini.

Tambah beliau, sasaran itu akan dicapai melalui pelaksanaan strategi bersepadu yang menumpukan kepada pelaburan bernilai tinggi, peralihan tenaga hijau, pembangunan sektor pembuatan dan pertanian moden serta pemerkasaan tenaga kerja tempatan.

“Pertumbuhan ekonomi Sarawak yang konsisten sejak 2022 menunjukkan negeri ini berada di landasan kukuh untuk mencapai matlamat tersebut.

“Pendapatan negeri telah meningkat hampir dua kali ganda daripada RM7.6 bilion pada 2021 kepada RM14.2 bilion pada 2024, manakala pelaburan diluluskan sejak 2021 berjumlah RM 104 bilion merangkumi sektor pembuatan, tenaga boleh diperbaharui dan industri digital,” jelasnya.

Premier Sarawak turut menegaskan bahawa pertumbuhan ekonomi Sarawak akan terus digerakkan melalui tujuh teras strategik PCDS 2030 dan lima belas sektor utama di bawah RMK13, dengan tumpuan kepada inovasi, kelestarian dan penyertaan menyeluruh rakyat dalam pembangunan negeri.

Oleh Masrin Affirah

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Kerja pembinaan kabel kuasa bawah laut Singapura-Sarawak bermula 2026
Next: Dasar Pemilikan Negeri Sarawak akan dibentangkan di DUN November depan, lindungi aset – Premier Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.