Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak mahu ambil alih lebih banyak entiti strategik Persekutuan
  • SEMASA

Sarawak mahu ambil alih lebih banyak entiti strategik Persekutuan

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap pada Sambutan Hari Pekerja Peringkat Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak merancang mengambil alih lebih banyak entiti dan aset strategik milik Kerajaan Persekutuan sebagai langkah memperkukuh ekonomi negeri serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada rakyat.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata langkah tersebut selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030) yang memberi penekanan kepada pembangunan ekonomi berasaskan teknologi tinggi dan industri baharu.

Katanya, Sarawak sebelum ini telah berjaya mengambil alih beberapa aset dan entiti strategik termasuk Empangan Bakun, Pelabuhan Bintulu dan MASwings Sdn Bhd.

“Kita mahu memperkukuh ekonomi negeri dan pada masa sama mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi untuk rakyat Sarawak.

“Kita sudah mengambil alih beberapa aset strategik dan kita akan terus melihat peluang yang boleh memberi manfaat kepada negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Hari Pekerja Peringkat Negeri Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Abang Johari berkata, Sarawak turut mengambil langkah strategik menerusi penyertaan dalam sektor kewangan termasuk pengambilalihan kepentingan dalam Affin Bank.

Katanya, pendekatan itu akan membantu memperkukuh asas ekonomi negeri dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

“Kita laksanakan ekonomi kita berdasarkan kepada PCDS 2030 dan ini bermakna lebih banyak peluang pekerjaan baharu akan diwujudkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Abang Johari berkata Sarawak kini sedang bergerak ke arah ekonomi berteknologi tinggi yang memberi fokus kepada pembangunan tenaga boleh diperbaharui, automasi, kecerdasan buatan (AI), pendigitalan dan industri semikonduktor.

Menurut beliau, transformasi ekonomi tersebut memerlukan lebih ramai tenaga kerja mahir dan profesional dalam pelbagai bidang termasuk aeroangkasa, teknologi digital dan industri cip semikonduktor.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: JobSarawak platform digital padankan tenaga kerja dengan keperluan industri masa depan
Next: Cabaran perpaduan era moden tuntut pendekatan lebih strategik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.