Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sarawak letak sasaran 8 emas di SOPMA Ke-22
  • SUKAN

Sarawak letak sasaran 8 emas di SOPMA Ke-22

Utusan Sarawak 1 day ago
DATO Sri Fatimah Abdullah bercakap kepada media pada majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Sarawak di Wisma Wanita, hari ini.

PETRA JAYA: Kontinjen Sarawak menetapkan sasaran sekurang-kurangnya lapan pingat emas pada Temasya Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) Ke-22 yang akan berlangsung dari 1 hingga 7 Oktober ini di Kuching dan Samarahan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata kontinjen Sarawak yang terdiri daripada 47 atlet dan 26 pegawai akan memberi tumpuan dalam empat acara utama iaitu tenpin boling, badminton, olahraga dan acara orienteering.

“Tenpin boling adalah kekuatan utama Sarawak kerana kita mempunyai beberapa jaguh yang pernah meraih emas di peringkat antarabangsa termasuk Temasya Sukan Deaflympics di Brazil serta Sukan Orang Pekak Asia Pasifik 2024.

“Selain itu, kita juga menyasarkan emas dalam badminton, olahraga serta orienteering,” katanya pada majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Sarawak di Wisma Wanita, di sini, hari ini.

RAKAM KENANGAN… Dato Sri Fatimah Abdullah merakam kenangan bersama atlet pada majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Sarawak di Wisma Wanita, hari ini.

Beliau berkata, kontinjen Sarawak sentiasa membuktikan kemampuan dengan pencapaian cemerlang dalam edisi terdahulu, termasuk muncul naib juara pada SOPMA 2023 di Kuala Lumpur dengan kutipan enam emas, dua perak dan enam gangsa.

Beliau berkata, meskipun kontinjen kali ini berdepan pelbagai cabaran termasuk faktor logistik dan kewangan, semangat juang atlet pekak Sarawak tetap tinggi.

“Saya percaya dengan disiplin, persiapan rapi serta sokongan jurulatih dan pegawai, kontinjen Sarawak mampu mencapai kejayaan yang diharapkan. Ingatlah, anda bukan sahaja membawa nama diri, tetapi juga maruah negeri Sarawak,” ujarnya.

Sebanyak lima acara dipertandingkan pada SOPMA XXII kali ini melibatkan olahraga, badminton, futsal, tenpin boling dan orienteering dengan penyertaan lebih 1,000 atlet termasuk 610 atlet pekak dari seluruh negara.

Majlis perasmian pembukaan akan disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 2 Oktober di Pusat Acara Hikmah Exchange, manakala majlis penutupan pada 6 Oktober akan dirasmikan sendiri oleh Dato Sri Fatimah di Hotel Imperial, Kuching.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sarikei tawan kejuaraan Bola Keranjang Peringkat Wilayah 2025
Next: Pujukan Jonassen bawa Iskandar Zulkarnain kembali ke BAM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.