Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak lebih bersedia hadapi gangguan bekalan tenaga
  • SEMASA

Sarawak lebih bersedia hadapi gangguan bekalan tenaga

Utusan Sarawak 20 hours ago
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof ditemui media selepas menghadiri Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri 2026 Kampung Semariang Batu, Petra Jaya, hari ini.

PETRA JAYA: Sarawak berada pada kedudukan lebih bersedia dalam menghadapi kemungkinan gangguan rantaian bekalan tenaga susulan konflik di Asia Barat yang semakin meruncing ketika ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof berkata, ketegangan geopolitik melibatkan kuasa besar dunia berpotensi menjejaskan bekalan petroleum termasuk diesel di pasaran global.

Menurutnya, situasi itu boleh memberi kesan kepada kos bahan api serta rantaian bekalan sekiranya berlaku gangguan terhadap pengeluaran dan penghantaran minyak.

“Jika bekalan dalam negara tidak mencukupi, pihak berkaitan termasuk Petronas akan mendapatkan sumber dari luar seperti rantau Asia Pasifik, namun cabaran utama adalah kos yang lebih tinggi,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri 2026 Kampung Semariang Batu, hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, Sarawak berada dalam keadaan lebih stabil kerana tidak terlalu bergantung kepada bahan api seperti diesel bagi penjanaan tenaga.

Katanya, kira-kira 60 peratus penjanaan elektrik di negeri ini disumbang oleh tenaga hidro selain penggunaan solar serta sebahagian kecil gas dan arang batu.

“Ini meletakkan Sarawak dalam kedudukan lebih selesa berbanding negeri lain yang masih bergantung kepada diesel atau gas untuk penjanaan tenaga,” ujarnya.

Tambah beliau, Sabah antara negeri yang berdepan cabaran lebih besar kerana masih banyak bergantung kepada diesel, sekali gus terkesan dengan kenaikan harga serta kekangan bekalan global.

Menurutnya, Semenanjung pula masih bergantung kepada gas termasuk LNG dan LPG serta arang batu, yang turut terdedah kepada risiko gangguan bekalan.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan akan terus memantau perkembangan semasa dan bekerjasama dengan Petronas bagi memastikan bekalan tenaga negara kekal mencukupi.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Angkasawan misi ke bulan hantar balik foto Bumi
Next: Tabung Haji inisiatif Haji Lestari, galak jemaah sumbang kain ihram terpakai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.