Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Sarawak latih bakat tempatan berkemahiran tinggi dalam reka bentuk litar bersepadu
  • PENDIDIKAN

Sarawak latih bakat tempatan berkemahiran tinggi dalam reka bentuk litar bersepadu

Utusan Sarawak 3 hours ago
MENTERI Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn bersama para graduan Reka Bentuk Litar Bersepadu Digital CENTEXS-SMD bagi Program Penguasaan Semikonduktor di Kota Samarahan, hari ini. Foto Adele Rissa 

KOTA SAMARAHAN: Sarawak mengambil pendekatan berfokus dalam melahirkan bakat tempatan berkemahiran tinggi dalam bidang reka bentuk litar bersepadu bagi membina keupayaan negeri dalam industri semikonduktor.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, usaha tersebut dilaksanakan melalui latihan khusus yang memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran reka bentuk litar bersepadu, khususnya reka bentuk litar digital.

“Buat masa ini, kita memberi fokus khusus kepada reka bentuk litar bersepadu dan bukan keseluruhan rantaian industri semikonduktor, sebagai langkah strategik membina kepakaran bernilai tinggi dalam kalangan anak Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil Reka Bentuk Litar Bersepadu Digital CENTEXS-SMD bagi Program Penguasaan Semikonduktor yang berlangsung di sini, hari ini.

MENTERI Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, berucap pada Majlis Penyampaian Sijil Reka Bentuk Litar Bersepadu Digital CENTEXS-SMD bagi Program Penguasaan Semikonduktor yang berlangsung di Kota Samarahan, hari ini. Foto Adele Rissa 

“Walaupun semua peserta ini sudah memiliki ijazah, program ini berfungsi sebagai latihan lanjutan yang memberi pengkhususan dalam reka bentuk litar bersepadu. Ada yang telah menerima tawaran pekerjaan, dan ada juga yang sudah bekerja sebelum menyertai program ini,” katanya.

Kesemua 15 graduan kelahiran Sarawak yang menamatkan program tersebut terdiri daripada latar belakang akademik dan profesional yang berbeza.

Tambah beliau, peranan kerajaan negeri ketika ini adalah memastikan peserta dilengkapkan dengan kemahiran khusus yang selari dengan keperluan industri, khususnya dalam bidang reka bentuk litar digital.

 “reka bentuk litar bersepadu dalam industri semikonduktor menuntut asas akademik yang kukuh dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik serta penguasaan dalam subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM),” ujarnya.

Jelasnya, pendedahan awal kepada bidang sains dan teknologi penting bagi membantu generasi muda merancang hala tuju pendidikan mereka, termasuk melanjutkan pengajian dalam kejuruteraan elektrik dan elektronik di peringkat pengajian tinggi.

“Ijazah asas dalam bidang berkaitan merupakan keperluan minimum untuk melahirkan jurutera yang mampu terlibat secara langsung dalam reka bentuk litar bersepadu,” ujarnya. 

Beliau turut memaklumkan bahawa permintaan terhadap kepakaran tersebut adalah tinggi di peringkat persekutuan dan negeri lain seperti Selangor, selain menawarkan peluang kerjaya dengan ganjaran yang menarik.

“Namun, keutamaan Sarawak bukan sekadar memenuhi permintaan pasaran semata-mata, sebaliknya melahirkan tenaga tempatan yang berkeupayaan menjadi pencipta dan peneraju inovasi teknologi,” katanya. 

oleh Adele Rissa 

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Rotan dibenarkan jika bertujuan mendidik, bukan hingga mencederakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.