Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak lanjutkan moratorium hingga Disember
  • TEMPATAN

Sarawak lanjutkan moratorium hingga Disember

Utusan Sarawak 5 years ago
PERJANJIAN MOU… Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyaksikan upacara menandatangani dokumen perjanjian MOU antara UDA Holdings Bhd dengan SEDC pada Majlis Menandatangani MoA Usahawan antara UDA Holdings Bhd dengan SEDC di sebuah Hotel terkemuka di Kuching semalam. • Foto ANDRE OLIVEIRO

KUCHING: Kerajaan Sarawak bersetuju untuk melanjutkan moratorium pinjaman bank bagi Skim Kredit Mikro Sarawak (SKMS) untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)) sehingga Disember tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, langkah itu adalah untuk membantu meringankan beban PKS yang terjejas akibat penularan Covid-19.

“Melalui Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS), kerajaan menyalurkan RM2.3 bilion kepada usahawan di Sarawak bagi membantu mereka meneruskan perniagaan.

“Kerajaan negeri menanggung kadar faedah bagi pinjaman di bawah RM10,000 sementara bagi yang masih mempunyai tunggakan pinjaman akan dibenarkan menangguhkan pembayaran balik sehingga Disember 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Usaha Sama Pembangunan Hartanah antara Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan UDA Holdings Berhad, di salah sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Tambahnya, peminjam yang terdiri daripada pengusaha PKS akan mula membayar balik pinjaman mereka pada kadar biasa selepas Disember tahun ini.

“Sebelum ini, kerajaan negeri bersetuju menangguhkan pembayaran balik pinjaman selama enam bulan bermula April lalu hingga September.

“Di bawah BKSS, kita membantu para usahawan PKS melalui SKMS menangguhkan bayaran mereka dan tiada sebarang kadar faedah dikenakan kerana ia ditanggung oleh kerajaan negeri,” jelasnya.

Turut hadir Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Muda Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan, Datuk Mohd Naroden Majais, Pengerusi SEDC, Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain, dan Pengerusi UDA Holdings Berhad, Datuk Jalaluddin Alias.

Terdahulu Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengumumkan skim tersebut adalah untuk semua PKS rakyat Sarawak sama ada Bumiputera atau bukan Bumiputera yang berjumlah kira-kira 62,000.

Menurutnya, skim itu terbahagi kepada dua iaitu SKMS I menyediakan pinjaman atau pembiayaan dari RM1,000 hingga RM10,000 dengan tanpa kadar faedah atau kadar keuntungan kepada usahawan B40.

“Manakala SKMS II menyediakan pinjaman atau pembiayaan dari RM5,000 hingga RM50,000 dengan kadar faedah atau kadar keuntungan sebanyak 4 peratus berdasarkan baki bulanan berkurangan kepada usahawan mikro dan kecil.

“Dan sebagai langkah untuk meringankan beban kewangan PKS, Kerajaan Sarawak akan membenarkan penangguhan bayaran balik selama enam bulan (dari April hingga September) untuk peminjam skim ini,” jelas Awang Tengah.

Oleh Zarina Abdullah

Continue Reading

Previous: Ingkar SOP: 50 individu dikompaun
Next: Terokai keindahan alam semula jadi Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.