Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak laksana projek Jalan Marudi ke Mulu, Lawas dan Limbang mula tahun depan
  • TEMPATAN

Sarawak laksana projek Jalan Marudi ke Mulu, Lawas dan Limbang mula tahun depan

Utusan Sarawak 1 day ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada majlis perasmian Persidangan Tiga Tahun Sekali ke-6 PRS di sini, hari ini. Foto Adele Rissa

KUCHING: Kerajaan Sarawak bakal membangunkan jalan baharu sepanjang 300 kilometer (km) dari Marudi hingga ke Long Terawan dan seterusnya ke Mulu sebagai sebahagian usaha memperkukuh jaringan jalan raya di kawasan utara wilayah ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, projek itu juga akan menghubungkan kawasan utara negeri termasuk Lawas dan Limbang.

“Ia akan bermula tahun depan dan dijangka mengambil masa lebih kurang empat hingga lima tahun,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Persidangan Tiga Tahun Sekali ke-6 Parti Rakyat Sarawak (PRS) di sini, hari ini.


Jelas beliau, projek tersebut bukan sahaja memudahkan akses penduduk luar bandar, malah menjadi pemangkin bagi pembangunan kawasan tersebut dalam ekonomi baru.

Turut hadir Timbalan-Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta Datuk Amar Dr Sim Kui Hian serta tetamu jemputan lain.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: JPJ Sarawak anjur Mesyuarat Pengurusan, perkukuh penyampaian perkhidmatan
Next: Snowdan tamatkan khidmat sebagai Ketua Pemuda PRS dengan penuh penghargaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.