Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak laksana Operasi Pembenihan Awan tiga hari pastikan bekalan air terjamin
  • TEMPATAN

Sarawak laksana Operasi Pembenihan Awan tiga hari pastikan bekalan air terjamin

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas mendengar penerangan daripada anggota TUDM berhubung keupayaan pesawat yang digunakan bagi menjayakan Operasi Pembenihan Awan di Sarawak.

​KUCHING: Kerajaan Sarawak melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) selama tiga hari bermula hari ini bagi meningkatkan potensi hujan di kawasan tadahan air dan empangan strategik negeri.

​Langkah proaktif itu diambil bagi memastikan kestabilan bekalan air serta kelangsungan penjanaan tenaga hidroelektrik di seluruh wilayah Sarawak terus terjamin.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, operasi yang berlangsung hingga 21 Jun itu dijayakan menerusi kerjasama strategik pelbagai agensi persekutuan dan negeri.

​Ia melibatkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta beberapa agensi berkaitan yang lain.

​Menurut beliau, operasi berkenaan memberi tumpuan khusus kepada beberapa kawasan tadahan air dan empangan utama Sarawak termasuk Empangan Bakun, ​Empangan Murum, Empangan Batang Ai, ​Empangan Bengoh, ​kawasan Matang, Simunjan, Gerugu dan Kelalong.

“Kerajaan Sarawak akan terus memperkukuh kesiapsiagaan dan langkah mitigasi dalam menghadapi cabaran perubahan cuaca yang semakin tidak menentu.

“Pelaksanaan operasi pembenihan awan ini merupakan antara pendekatan proaktif yang dilaksanakan melalui kerjasama strategik pelbagai agensi demi kepentingan rakyat dan pembangunan wilayah Sarawak,” katanya dalam sidang media Operasi Pembenihan Awan di Pangkalan Udara Kuching hari ini.

DATUK Amar Douglas Uggah Embas bersama anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada sidang media Operasi Pembenihan Awan di Pangkalan Udara Kuching hari ini.

​Beliau menjelaskan, operasi tersebut bertujuan meningkatkan peluang pembentukan hujan di kawasan sasaran bagi membantu mengekalkan paras air di empangan strategik, sekali gus mengurangkan risiko kekurangan sumber air mentah.

​Bagi memastikan keberkesanan operasi, pesawat TUDM akan melakukan penerbangan pada altitud sekitar 5,000 hingga 9,000 kaki di kawasan awan yang berpotensi dengan menyembur bahan higroskopik seperti garam gred industri.

​Bagaimanapun, Uggah menegaskan bahawa operasi berkenaan tidak dilakukan sewenang-wenangnya dan tertakluk kepada penilaian teknikal yang ketat.

​”Ia bergantung kepada kajian meteorologi, keadaan atmosfera serta kewujudan sistem awan yang sesuai bagi memastikan keberkesanan dan keselamatan operasi,” tambah beliau.

​Pemantauan radar cuaca dan analisis atmosfera juga akan dijalankan secara berterusan sebelum, semasa dan selepas operasi bagi memastikan objektif yang ditetapkan tercapai.

​Selain agensi utama, operasi ini turut dijayakan bersama Pihak Berkuasa Penerbangan Malaysia (CAAM), Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT), Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Sarawak Energy Berhad, Sarawak Water Sdn Bhd serta Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: TYT terima kunjungan hormat Duta Besar Hungary
Next: STA gesa semakan semula kenaikan caj pembaharuan pekerja asing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.