Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak laksana kajian kedalaman sungai, fokus atasi isu banjir
  • TEMPATAN

Sarawak laksana kajian kedalaman sungai, fokus atasi isu banjir

Utusan Sarawak 5 hours ago
TIMBALAN Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Komuniti Setempat di Sibu pada malam Jumaat lalu. Foto: Akun Giman

SIBU: Sarawak kini sedang giat melaksanakan kajian bagi memastikan kedalaman sungai kekal dalam usaha menangani isu banjir dan memastikan kelangsungan sumber bekalan air. 

Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkongsi serba sedikit perkembangan projek tebatan banjir di Sarawak terutama di Sibu, termasuk yang kini dalam proses pelaksanaan serta ada yang dalam perancangan.

“Saya juga mengambil peluang berkongsi peranan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) yang bertanggungjawab memastikan keterjaminan tenaga dan air yang memberi impak kepada sosial dan perkembangan ekonomi negara,” katanya menerusi catatan di Facebook rasminya hari ini.

Beliau turut mengingatkan pentingnya rakyat Sarawak terus menjaga perpaduan dan keharmonian kaum di negeri ini.

“Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang meneruskan kepimpinan terdahulu, memperjuangkan hak Sarawak dan memastikan pertumbuhan ekonomi serta pendapatan negeri terus berkembang.

“Pada masa sama, biarpun Pilihan Raya Negeri (PRN) dijangka tahun hadapan, semua yang terlibat tidak seharusnya lalai dan leka.

“Beri perkhidmatan terbaik dan sampaikan maklumat yang tepat kerana perjuangan Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah yang terbaik untuk Sarawak,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kerajaan GPS perlu sokongan berterusan rakyat
Next: Majlis Apresiasi Serian 2025, raikan komitmen penjawat awam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.