Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak laksana 11 Bazar Ramadan Rahmah tawar juadah RM5 bantu rakyat
  • TEMPATAN

Sarawak laksana 11 Bazar Ramadan Rahmah tawar juadah RM5 bantu rakyat

Utusan Sarawak 6 hours ago
TURUN PADANG… Setiausaha Bahagian Pembangunan Perniagaan, Syarikat dan Jualan Langsung KPDN, Dato Rohaizi Bahari semasa menghadiri sesi turun padang di Bazar Ramadan Permyjaya di Miri hari ini.

MIRI: Kerajaan meneruskan pelaksanaan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) di negeri ini tahun ini dengan melibatkan 11 lokasi bazar terpilih yang menawarkan Juadah Rahmah pada harga RM5 dan ke bawah bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat sepanjang Ramadan.

Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), program tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif di bawah Payung Rahmah MADANI yang memberi fokus kepada penyediaan makanan mampu beli kepada masyarakat.

Sesi turun padang peringkat Zon Sarawak dimulakan di Bazar Ramadan Permyjaya di sini hari ini sekali gus menandakan pelaksanaan program itu di negeri ini dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT).

TURUN PADANG… Setiausaha Bahagian Pembangunan Perniagaan, Syarikat dan Jualan Langsung KPDN, Dato Rohaizi Bahari semasa menghadiri sesi turun padang di Bazar Ramadan Permyjaya di Miri hari ini.

Sesi turun padang itu diketuai oleh Setiausaha Bahagian Pembangunan Perniagaan, Syarikat dan Jualan Langsung KPDN, Dato Rohaizi Bahari.

Menurut KPDN, secara keseluruhannya BRR dilaksanakan di 116 lokasi bazar Ramadan di seluruh negara dengan penglibatan kira-kira 3,000 peniaga yang menawarkan pelbagai pilihan menu Rahmah.

Bagi Sarawak, 11  lokasi yang terlibat ialah Bazar Ramadan Permyjaya di Miri, Bazar Ramadan Stutong dan Satok di Kuching, Bazar Ramadan Taman Komuniti Serian, Fiesta Bazar Ramadan Sri Aman, Bazar Ramadan Pasar Sentral Sarikei, Bazar Ramadan Farley Sibu, Bazar Ramadan Setia Raja Mukah, Bazar Ramadan Taman Koridor Sejarah dan Kebudayaan Bintulu, Bazar Ramadan Dataran Lawas serta Bazar Ramadan Parking Lot 777 MARA Limbang.

Tambah kenyataan itu, peluasan lokasi berkenaan bertujuan memastikan lebih ramai rakyat termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman dapat menikmati Juadah Rahmah dengan harga berpatutan.

Dalam masa sama, kerajaan turut memperkenalkan permohonan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah secara digital bagi memudahkan peniaga berdaftar membuat permohonan dengan lebih cepat.

Selain itu, pelaksanaan Ihsan Food Bank (i-FB) turut diperluaskan bagi mengurangkan pembaziran makanan melalui penyelamatan lebihan makanan untuk diagihkan kepada golongan memerlukan.

KPDN turut melaksanakan pemantauan melalui OPS Pantau 2026 bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan termasuk mempamerkan tanda harga dan mengamalkan perniagaan beretika sepanjang Ramadan.

Menurut kementerian itu, kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan inisiatif di bawah Payung Rahmah MADANI terus memberi manfaat kepada rakyat.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Bazar Ramadan Sukma Ria meriah dengan 101 gerai, peniaga diingat jaga kebersihan
Next: Majma’ Raya Fes 2026 himpunkan 138 usahawan, galakkan ekonomi komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.