Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak kukuhkan status
  • TEMPATAN

Sarawak kukuhkan status

Utusan Sarawak 5 years ago
SIDANG MEDIA… Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (tengah), setiausaha parlimen, kementerian pelancongan, seni dan budaya sarawak Hii Chang Kee(kedua kiri) merakam gambar bersama Pemangku ketua pegawai eksekutif BESarawak Amelia Roziman(kedua kanan) bersama ahli jawatankuasa yang lain semasa Sidang Media 59th ICCA Congress bertempat di Dewan Mesyuarat Mulu Baitulmakmur Petra Jaya kelmarin. • Foto: ALIPIAN HYACINTH

KUCHING: Sarawak sekali lagi mengukuhkan statusnya sebagai destinasi acara perniagaan antarabangsa setelah memenangi bidaan menentang Seoul, Korea Selatan untuk menjadi tuan rumah pusat wilayah Asia Pasifik bagi Kongres Persatuan Konvensyen dan Kongres Antarabangsa (ICCA) 2020.

 Menteri Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata konvensyen yang julung kali diadakan itu akan diadakan serentak dengan Kongress ICCA ke-59 2020 yang berlangsung di Kaohsiung, Taiwan pada 31 hingga 5 November 2020.

“Ia akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dan disiarkan secara langsung dari Koahsiung dengan disertai oleh para eksekutif persatuan, profesional industri tempatan dan kebangsaan serta ahli-ahli ICCA.

“Mereka yang menyertai konvensyen ini adalah dari bidang pendidikan, perhubungan dan perniagaan untuk berkongsi perkembangan dan inovasi terkini dalam sektor perniagaan dan pelancongan dunia yang terjejas akibat Covid-19,” katanya.

Abdul Karim yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata demikian pada sidang media pusat wilayah Asia Pasifik bagi Kongres ICCA 2020 bertempat di Baitulmakmur, Petra Jaya, di sini, semalam.

Menurutnya, acara tersebut merupakan acara bersejarah bagi Sarawak kerana menjadi destinasi pertama di rantau Asia Pasifik menjadi tuan rumah Kongress ICCA ke-55 pada 2016 yang memantapkan kedudukan Sarawak sebagai salah satu model yang berjaya.

“Penganjuran ICCA di negeri ini akan mewujudkan platform untuk memberi inspirasi kepada oran ramai untuk menggunakan perniagaan sebagai perangsang untuk membina ekonomi negeri lebih maju.

“Sarawak adalah salah satu destinasi perintis yang menyokong gerakan impak warisan ini sejajar dengan Majlis Tindakan Ekonomi Sarawak (SEAC),” jelasnya.

Abdul Karim turut menyatakan bahawa pelaksanaan program tersebut adalah salah satu persiapan untuk menganjurkan program “Tribe Legacy Sarawak” akan bermula 2021 yang sangat penting dalam acara perniagaan dari perspektif Malaysia.

 “Selain itu, kongres ini akan disiarkan secara langsung ke Sarawak dan perwakilan yang menghadiri akan bergabung dengan perwakilan dari lokasi hub serantau yang lain, antara lain Cape Town, Latin Amercia, Luxembourg, Malaga, Amerika Utara dan Riyadh.

“Walaupun menghadapi cabaran semasa, negeri akan terus fokus pada kesejahteraan masyarakat dengan mempromosikan membaca secara menyeluruh projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) BookShare Regional Hub Asia Pasifik.

“Kami melihat bahawa konvensyen ini adalah platform profesional untuk berkongsi dan mempamerkan pengetahuan, dan dalam keadaan yang sama merangsang imaginasi kanak-kanak dan mengembangkan kemampuan mereka,” katanya lagi.

Oleh Zarina Abdullah

Continue Reading

Previous: DBP dekati karyawan bincang hala tuju penulisan
Next: RIMUP diperkenalkan semula

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.