Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak kukuh kedudukan sebagai pemain utama ASEAN, RCEP
  • SEMASA

Sarawak kukuh kedudukan sebagai pemain utama ASEAN, RCEP

Utusan Sarawak 16 hours ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian pada Majlis Makan Malam Tahunan dan Anugerah Kecemerlangan SHEDA 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) malam ini. Foto UKAS

KUCHING: Sarawak berada pada landasan tepat untuk muncul sebagai pemain utama dalam rangkaian pembangunan serantau di bawah kerangka ASEAN dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) didorong oleh kelebihan negeri ini dalam tenaga hijau, jaringan grid kuasa serta hubungan perdagangan yang semakin meluas.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sektor hartanah dijangka menjadi antara penerima manfaat terbesar melalui limpahan pelaburan baharu dan pertumbuhan ekonomi yang bakal berlaku hasil kedudukan strategik tersebut.

Menurut beliau, kejayaan Sarawak membekalkan tenaga kepada Sabah dan Kalimantan Barat serta perancangan menyalurkan tenaga ke Brunei dan Singapura menerusi kabel dasar laut adalah bukti keyakinan rantau ini terhadap kemampuan negeri sebagai penyumbang tenaga lestari.

“Kita sedang melangkah menjadi pemain utama dalam ASEAN Power Grid. Tenaga hijau akan menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan ekonomi masa depan termasuk sektor hartanah,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian pada Majlis Makan Malam Tahunan dan Anugerah Kecemerlangan SHEDA 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) malam ini.

TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian pada Majlis Makan Malam Tahunan dan Anugerah Kecemerlangan SHEDA 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) malam ini. Foto UKAS

Beliau turut menegaskan bahawa pemain industri hartanah perlu memberi perhatian kepada tiga perkara utama, iaitu mengenal pasti kelebihan daya saing, berani mengambil risiko secara strategik dan membina reputasi kukuh dalam pasaran.

Dalam aspek inovasi, beliau berkata penggunaan teknologi pembinaan moden seperti Industrialised Building System (IBS) dan Building Information Modelling (BIM) perlu diperluas, selaras komitmen kerajaan untuk meningkatkan kecekapan projek bernilai tinggi menjelang 2030.

“Kita tidak boleh lagi terikat kepada cara lama. Untuk bergerak ke hadapan, kita perlu berani mencuba pendekatan baharu yang lebih cekap, lestari dan berdaya saing,” tegasnya.

Pada majlis berkenaan, pelbagai anugerah kecemerlangan disampaikan sebagai pengiktirafan kepada pemaju yang menunjukkan komitmen terhadap pembangunan berkualiti serta tanggungjawab sosial.

Double Dynasty Holdings Sdn Bhd menerima Anugerah Cemerlang bagi kategori pembangunan komersial (Hotel) melalui projek Sheraton Kuching Hotel, manakala Exal (Malaysia) Sdn Bhd merangkul Anugerah Cemerlang bagi kategori kediaman bertanah berpagar dan berpengawal (berskala besar) untuk projek SOL Estate, Fasa 1.

Elica Sdn Bhd turut menerima Anugerah Merit bagi kategori pembangunan strata kediaman melalui projek Upton, manakala Sunmow Development Sdn Bhd memperoleh Pengiktirafan Khas bagi kategori kediaman bertanah berskala besar untuk projek My Residence 2.

SHEDA Bintulu Branch pula menerima Anugerah Kepimpinan CSR hasil sumbangan mereka dalam inisiatif bantuan banjir dan bantuan pendidikan, sementara Anugerah SHEDA Property Man of the Year 2025 diberikan kepada Pengasas dan Pengarah Urusan Top Green Group of Companies, Goh Kim Sin.

Majlis turut meraikan Lafrowda Properties Sdn Bhd atas kejayaan memenangi FIABCI Malaysia Property Award 2024, menandakan pencapaian pertama syarikat pemenang Anugerah SHEDA ke peringkat pengiktirafan nasional.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sultan Pahang, Tengku Muhammad tinjau konservasi orang utan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh
Next: Sultan Pahang berjiwa rakyat, berkenan tinjau peserta terjatuh FGS 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.