Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sarawak kukuh dalam SPM 2025, pencapaian terus dipertingkat
  • Selatan
  • WILAYAH

Sarawak kukuh dalam SPM 2025, pencapaian terus dipertingkat

Utusan Sarawak 16 hours ago
DATO Sri Sri Roland Sagah Wee Inn ketika berucap pada Sidang Media Pengumuman SPM, di sini, hari ini.-Foto Norman B

KUCHING: Sebanyak 27 sekolah di Sarawak mencatat kelulusan 100 peratus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, dengan 19 daripadanya merupakan sekolah luar bandar, manakala seramai 853 daripada 34,166 calon memperoleh keputusan semua A dan 31,506 calon (93.99 peratus) layak menerima sijil SPM.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, pencapaian keseluruhan negeri turut menunjukkan peningkatan apabila Gred Purata Negeri (GPN) mencatat 4.79 berbanding 4.84 pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata, pencapaian tersebut merupakan yang terbaik sejak 2013, sekali gus mencerminkan usaha berterusan serta komitmen semua pihak dalam memperkukuh sistem pendidikan negeri.

 DATO Sri Sri Roland Sagah Wee Inn merakam gambar kenangan bersama Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis (kiri) dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Omar Mahli (kanan) pada Sidang Media Pengumuman SPM, di sini, hari ini.-Foto Norman B

Dalam pada itu, prestasi calon bandar dan luar bandar turut menunjukkan peningkatan. Calon bandar mencatat GPN 4.44 berbanding 4.46 tahun sebelumnya, manakala calon luar bandar meningkat daripada 5.11 kepada 5.03.

“Ini petunjuk positif bahawa jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar semakin mengecil hasil pelbagai inisiatif dilaksanakan,” jelasnya.

Walaupun peratus kelulusan menurun sedikit sebanyak 0.12 peratus berbanding tahun sebelumnya, jumlah calon yang layak memperoleh sijil meningkat sebanyak 1,165 orang.

Dari segi prestasi mata pelajaran, subjek teras seperti Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains mencatat peningkatan antara 0.01 hingga 0.25, manakala subjek STEM seperti Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan turut menunjukkan peningkatan dengan Matematik Tambahan mencatat kenaikan tertinggi.

Dalam pada itu, calon berkeperluan khas turut menunjukkan peningkatan apabila 72.73 peratus berjaya memperoleh sijil SPM, termasuk empat calon yang memperoleh semua A.

Mengakhiri ucapan, beliau berharap pelbagai program pendidikan seperti Sarawak Education Enhancement Programme (SEEP), Minggu Sains Kebangsaan, Science Borneo Journey serta Empowering Maths and Science Sarawak (EMaSS) terus memberi impak positif kepada pembangunan pendidikan negeri.

“Kerajaan Sarawak akan terus komited memperkukuh sistem pendidikan bagi memastikan negeri ini terus cemerlang di peringkat nasional dan global,” ujarnya.

Oleh Norman B

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pelan pembangunan berterusan wujudkan peluang ekonomi untuk rakyat
Next: Veteran SUPP gesa tubuh jawatankuasa baharu teliti rayuan pemecatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.