Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak komited tangani isu perubahan iklim demi pembangunan mampan
  • SEMASA

Sarawak komited tangani isu perubahan iklim demi pembangunan mampan

Utusan Sarawak 3 months ago
DATUK Len Talif Salleh menyampaikan cabutan bertuah kepada salah seorang media pada malam apresiasi Star on Stage, malam tadi.
Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Sarawak menegaskan komitmennya dalam menangani isu perubahan iklim dengan memastikan pembangunan negeri berjalan seiring dengan pemeliharaan alam sekitar. 

Menurut Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh, Sarawak memainkan peranan penting dalam mengekalkan keseimbangan antara pembangunan dan kelestarian alam.  

“Kita di Sarawak mempunyai tanggungjawab untuk memastikan alam sekitar terus terjaga dalam usaha pembangunan. 

“Sebab itulah inisiatif yang diambil oleh Premier Sarawak, khususnya dalam sektor tenaga hijau, adalah langkah penting untuk menangani masalah perubahan iklim.

“Kawasan hutan juga berperanan mengurangkan tekanan perubahan iklim. Dengan mengurangkan pembalakan dan memperkukuh perlindungan hutan sejak enam hingga tujuh tahun lalu, Sarawak berusaha mengekalkan keseimbangan ekologi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media pada malam apresiasi bersama Datuk Len Talif Salleh di Star on Stage, malam tadi.

Pada masa sama, beliau menjelaskan bahawa hujan luar biasa yang melanda beberapa kawasan baru-baru ini menunjukkan betapa pentingnya perancangan jangka panjang dalam menghadapi perubahan iklim.  

“Hari itu, hujan turun lebih 900mm di Bintulu dalam masa beberapa jam. 

“Tiada kawasan di dunia yang mampu menampung jumlah hujan sebanyak itu tanpa kesan yang besar. 

“Ini sebabnya kita perlu memberi penekanan kepada isu alam sekitar dalam semua aktiviti pembangunan,” katanya.  

Selain itu, Sarawak juga melihat potensi besar dalam monetisasi hutan secara lestari melalui inisiatif seperti karbon kredit. 

Pendekatan itu membolehkan Sarawak menjana pendapatan tanpa menjejaskan kelestarian hutan, selari dengan usaha global dalam pemuliharaan alam sekitar.  

“Dalam memastikan negeri terus membangun, kita juga perlu memastikan alam sekitar terjaga. Ini adalah tanggungjawab bersama,” tambahnya.  

Oleh Masrin Affirah / Amanda L.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Media tulang belakang kerajaan sebar maklumat   
Next: Kemenangan dalam pemilihan bukti PBB politik matang  – Len Talif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.