Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak komited sokong reformasi Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • TEMPATAN

Sarawak komited sokong reformasi Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Utusan Sarawak 1 day ago
MENTERI Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah merakam gambar kenangan bersama penerima anugerah sempena Majlis Sambutan Hari Guru 2025 SeDidik Sarawak di Kuching semalam. Foto UKAS

KUCHING: Kerajaan Sarawak terus komited dalam menghargai jasa dan pengorbanan para guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) yang merupakan tunjang utama dalam membentuk generasi masa depan negeri ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK), Dato Sri Fatimah Abdullah berkata pelbagai inisiatif dan bentuk sokongan akan terus dilaksanakan bagi memastikan para guru dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih efektif dan efisien.

“Kerajaan Sarawak amat menghargai peranan guru-guru PAKK yang telah menunjukkan dedikasi tinggi dalam memupuk asas pendidikan anak-anak sejak peringkat awal.

“Ini merupakan pelaburan jangka panjang ke arah membina modal insan berkualiti bagi pembangunan negeri,” katanya demikian ketika berucap dalam Majlis Sambutan Hari Guru 2025 SeDidik Sarawak, semalam.

MENTERI Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru 2025 SeDidik Sarawak di Kuching semalam. Foto UKAS

Tambah beliau, reformasi pendidikan dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak perlu berteraskan pendekatan holistik dan berpaksikan kepada kanak-kanak termasuklah keupayaan para guru untuk mengadaptasi kaedah pengajaran baharu dan membentuk suasana pembelajaran yang kondusif, inklusif serta menyeronokkan.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah SeDiDik turut menggesa agar masyarakat memberi sokongan dan kerjasama kepada para pendidik dalam menjayakan reformasi pendidikan yang berlandaskan kepada matlamat pelan Strategik Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030).

“Pendidikan adalah tanggungjawab bersama. Sinergi antara guru, ibu bapa, dan komuniti merupakan kunci kejayaan reformasi pendidikan sejak peringkat awal, sejajar dengan aspirasi PCDS 2030 untuk mencapai keterangkuman sosial dan membentuk modal insan berkualiti,” tambah beliau.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sambutan Hari Gawai lambang perpaduan masyarakat Sarawak
Next: Festival Gastronomi Nyamai Sarawak 2025 sokong pelancongan mampan, hijau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.