Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak komited perkukuh ekosistem PKS demi transformasi ekonomi
  • TEMPATAN

Sarawak komited perkukuh ekosistem PKS demi transformasi ekonomi

Utusan Sarawak 3 days ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berucap pada Program Jangkauan Komuniti PKS CIMB di sebuah hotel di Kuching, hari ini.

KUCHING: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terus diberi penekanan sebagai tulang belakang ekonomi Sarawak dengan pelbagai inisiatif sokongan kewangan, latihan serta akses pasaran antarabangsa yang semakin meluas.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kerajaan negeri komited membina ekosistem inklusif yang memperkukuh daya tahan dan daya saing usahawan tempatan, sekali gus menjadikan mereka pemacu utama transformasi ekonomi.

“PKS adalah penggerak penciptaan pekerjaan, menyokong pendapatan keluarga dan membina komuniti berdaya tahan.

“Apabila mereka berkembang maju, peluang pelaburan, eksport dan pekerjaan berkemahiran tinggi juga akan meningkat,” katanya ketika berucap pada Program Jangkauan Komuniti PKS CIMB di sebuah hotel di sini, hari ini.

Beliau menekankan bahawa sejak 2021, Sarawak telah meluluskan pelaburan lebih RM100 bilion melibatkan 1,180 projek yang menjana hampir 23,000 peluang pekerjaan, termasuk peluang rantaian bekalan untuk PKS tempatan.

Semua ini dipandu oleh Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang menjadi hala tuju ke arah pertumbuhan inklusif dan mampan.

TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (empat kiri) menyampaikan penghargaan kepada wakil agensi penerima manfaat Program Jangkauan Komuniti PKS CIMB di sebuah hotel di Kuching, hari ini.

Awang Tengah juga menegaskan ekosistem sokongan usahawan di Sarawak kini merangkumi pelbagai bentuk bantuan kewangan seperti pinjaman mikro, skim kredit mudah dan geran, selain program latihan, pemantapan digital serta peluang pendedahan di platform antarabangsa.

“Dari perusahaan mikro di luar bandar, usahawan belia sehingga industri desa, kita mahu semua diberi peluang yang adil untuk berjaya. Inilah usaha kita membina ekonomi yang inklusif, inovatif dan berdaya tahan,” tambahnya.

Beliau turut menekankan kepentingan meneroka tenaga boleh diperbaharui termasuk solar dan hidrogen, bagi memperkukuh ekosistem industri hijau yang mampu menjadikan Sarawak sebagai hab pertumbuhan mampan.

Dalam pada itu, beliau mendedahkan pejabat perdagangan baharu Sarawak di Pontianak dijangka dibuka selewat-lewatnya tahun depan, melengkapkan rangkaian pejabat sedia ada di Singapura dan Brunei.

“Pejabat ini bukan sahaja memudahkan urusan perdagangan tetapi juga mempromosikan pelaburan dan pelancongan, sekali gus membuka pasaran lebih luas untuk produk keluaran Sarawak,” katanya ketika ditemui media semasa menghadiri Program Jangkauan Komuniti PKS CIMB hari ini.

Katanya, pejabat itu bukan sahaja memudahkan urusan perdagangan tetapi juga mempromosikan pelaburan dan pelancongan, sekali gus membuka pasaran lebih luas untuk produk keluaran Sarawak.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Sarawak bakal terajui tenaga bio di rantau ini
Next: Sarawak sasar buka pejabat STATO di Pontianak pada 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.