Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak komited pembangunan hijau, sasar pelepasan karbon sifar menjelang 2050
  • TEMPATAN

Sarawak komited pembangunan hijau, sasar pelepasan karbon sifar menjelang 2050

Utusan Sarawak 12 hours ago
DATO Mohd Chee Kadir pada majlis Penutupan Program Kesedaran Alam Sekitar Bersama Komuniti di Rumah Bujang Empayang Baruh, Kabong, semalam. Foti: Japen Saratok

KABONG: Sarawak terus mengorak langkah ke arah pembangunan mampan dengan hala tuju jelas melalui Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang menekankan kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir menegaskan, negeri ini turut komited mencapai sasaran pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 dengan memanfaatkan tenaga boleh diperbaharui seperti hidrogen hijau, perdagangan karbon dan ekonomi kitaran.

Menurutnya, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) memainkan peranan penting dalam memastikan pembangunan Sarawak berjalan seiring dengan pemeliharaan alam, berpandukan Ordinan Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREO).

Antara langkah utama, katanya ialah pelaksanaan Penilaian Impak terhadap Alam Sekitar (EIA) untuk aktiviti seperti perladangan, perlombongan, empangan, perhutanan dan projek perumahan serta perindustrian bagi mengelak risiko pencemaran, degradasi habitat, dan kerosakan ekosistem.

“Kerajaan boleh menyediakan dasar dan kawalan, tetapi kejayaan sebenar bergantung kepada kesedaran dan amalan komuniti. Menjaga sungai, tidak membakar sampah, mengamalkan pertanian mesra alam dan memelihara flora fauna adalah tanggungjawab bersama,” tegas beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Penutupan Program Kesedaran Alam Sekitar Bersama Komuniti di Rumah Bujang Empayang Baruh, Kabong, semalam.

Program berkenaan turut menjadi platform rakyat meluahkan pandangan, berkongsi idea serta melaporkan isu alam sekitar, sekali gus memperkukuh kerjasama kerajaan, agensi berkaitan dan komuniti setempat.

DATO Mohd Chee Kadir pada majlis Penutupan Program Kesedaran Alam Sekitar Bersama Komuniti di Rumah Bujang Empayang Baruh, Kabong, semalam. Foti: Japen Saratok

Chee Kadir mengingatkan cabaran seperti pembuangan sampah terbuka dan pembakaran haram mesti dihentikan, diganti dengan amalan mesra alam seperti kitar semula, pengasingan sisa dan pengkomposan makanan.

Katanya, Kabong memiliki potensi besar menyertai arus pembangunan hijau, termasuk dalam bidang ekopelancongan dengan tarikan semula jadi, budaya serta acara antarabangsa seperti Maraton Pantai Antarabangsa Kabong (KIBTM) 2025 yang bakal melonjakkan nama daerah itu ke peringkat global.

“Dengan imej komuniti yang bersih, lestari dan mesra alam, Kabong bukan sahaja akan menyerlah di pentas pelancongan sukan dunia, malah menjadi contoh kejayaan pembangunan mampan di Sarawak,” tambah beliau.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kemahiran menyelamatkan nyawa, tanggungjawab setiap individu
Next: Muzium baharu bakal dibina dalam tempoh lima tahun – Premier Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.