Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sarawak komited lahirkan petinju terbaik ke SUKMA Selangor 2026
  • SUKAN

Sarawak komited lahirkan petinju terbaik ke SUKMA Selangor 2026

Utusan Sarawak 5 hours ago

MORSHIDI Fredrick yang mewakili Abdul Karim pada majlis penutupan kejohanan yang berlangsung di Dewan Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman, baru-baru ini. Foto: Adi Safarman

SIMANGGANG: Penganjuran Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak Edisi Ke-4 disifatkan sebagai wadah penting dalam memperkukuh pembangunan sukan tinju negeri, selain menjadi pentas mencungkil bakat baharu yang bakal digilap sebagai pelapis masa depan.

Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED), Morshidi Fredrick berkata, acara berprestij itu bukan sahaja membuka ruang untuk para petinju muda menonjolkan kemampuan mereka, malah memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk melihat tinju sebagai sukan berpotensi tinggi.

“MYSED bersama Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) sentiasa meneliti serta mengenal pasti bakat-bakat muda yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih besar. 

“Fokus utama adalah memastikan Sarawak mampu melahirkan jaguh yang dapat mewakili negeri ke temasya besar seperti Sukan Malaysia (SUKMA) di Selangor pada tahun depan,” jelas beliau.

Beliau menyampaikan ucapan itu mewakili Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada majlis penutupan kejohanan yang berlangsung di Dewan Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman, baru-baru ini.

MORSHIDI Fredrick yang mewakili Abdul Karim pada majlis penutupan kejohanan yang berlangsung di Dewan Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman, baru-baru ini. Foto: Adi Safarman

Mengangkat lagi aspirasi itu, Morshidi turut mengingatkan bahawa Sarawak akan melakar sejarah baharu apabila menjadi tuan rumah bersama Sukan SEA 2027, bergandingan dengan Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor. 

Katanya, peluang tersebut adalah kebanggaan besar sekali gus memerlukan persediaan rapi dari segi pembangunan atlet.

“Syabas dan tahniah kepada Persatuan Tinju Sarawak (SABA) kerana telah berjaya menganjurkan kejohanan edisi kali ini dengan penuh cemerlang, sekali gus mengangkat martabat tinju di negeri ini,” tambah beliau.

Kejohanan tersebut menyaksikan penyertaan seramai 123 petinju termasuk wakil dari Semenanjung Malaysia, Indonesia dan Singapura, menjadikannya acara bertaraf antarabangsa yang mengangkat nama Sarawak sebagai tuan rumah berwibawa.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor, Presiden SABA, Dato Rahman Lariwoo serta Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Brazil tanpa Neymar untuk harungi kelayakan Piala Dunia
Next: Kejohanan Dunia 2025: Jun Hao mara ke pusingan kedua, Jin Wei kandas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.