Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak komited bangunkan modal insan
  • TEMPATAN

Sarawak komited bangunkan modal insan

Utusan Sarawak 4 years ago
TAHNIAH … Rosey Yunus menyampaikansijil kepada murid Tadika semasa Majlis Penyampaian Sijil dan hadiah SeDidikPerdana Zon Kuching di sebuah Hotel terkemuka di Kuching semalam. • Foto ANDRE OLIVEIRO

KUCHING: Pengambilalihan SeDidik bukti Kerajaan Sarawak komited dalam membangunkan modal insan bermula pada peringkat awal kanak-kanak, kata Datuk Rosey Yunus.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak itu berkata, pada asalnya SeDidik wujud di bawah Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sarawak (SEDC) sebagai satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Menurutnya, dengan wujudnya Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan
Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak (KWKPK), Bahagian Pembangunan Kanak-kanak telah ditubuhkan pada 2018.

“Justeru, adalah bersesuaian untuk SeDidik diletakkan di bawah kementerian agar agenda pembangunan dan pendidikan awal kanak-kanak dapat diselaraskan dan dimantapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Dato’ Sri Fatimah Abdullah pada Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah SeDidik Perdana Zon Kuching 2020 di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Tambahnya, pengambilalihan SeDidik yang merangkumi 92 buah Tadika dan Taska telah dibuat dengan rasminya pada 27 Julai lalu.

“Selaras dengan pengambilalihan ini, kementeriannya telah mengadakan bengkel bagi mengkaji semula program dan menetapkan hala tuju SeDidik agar selari dengan aspirasi Sarawak dalam menyediakan akses, ekuiti dan kualiti dalam asuhan, bimbingan dan didikan awal kanak-kanak,” ujarnya.

Dalam memantapkan SeDidik sebagai Institusi Pendidikan Awal Kanak-kanak (IPAKK) berkualiti, tumpuan akan diberikan kepada memberi sepenuh tumpuan untuk menyediakan perkhidmatan asuhan, bimbingan dan didikan sahaja terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Selain itu, mewujudkan jaringan profesional dengan institusi-institusi pendidikan di dalam dan di luar negara bagi tujuan pengiktirafan sebagai sebuah institusi pendidikan awal kanak-kanak yang berwibawa.

“Dalam pada itu, memupuk semangat kebertanggungjawaban bersama dalam kalangan komuniti, ibu bapa dan pengasuh dalam mendidik anak-anak melalui penubuhan Majlis Permuafakatan Ibubapa dan Komuniti di setiap institusi SeDidik,” jelasnya.

Tambahan, memantap dan memperkasakan program nilai tambah sedia ada seperti ‘Let’s Begin Programme, English Fun Learning, Sunshine Balanced Reading Programme for English, SeDidik’s Thematic Module dan Dr. Glenn Doman Method for Babies and Parents’ disamping program bitara yang
merangkumi kindergym, kindergardening dan musik juga akan diteruskan dan diperkasakan.

“Pada masa ini, 78 daripada 144 orang pendidik (54.16 peratus) mempunyai sekurang-kurangnya diploma dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak.

“SeDidik mensasarkan agar semua pendidik dan pengasuh mempunyai sekurang-kurangnya Diploma dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak pada tahun 2021,” katanya.

Kementeriannya berharap, dengan hala tuju yang jelas dan komitmen semua pihak SeDidik akan menjadi penanda aras untuk pendidikan awal kanak-kanak bukan sahaja di Sarawak, bahkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: Terapkan ‘roh kebajikan’ dalam diri
Next: Kepentingan pengetahuan tentang buaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.