Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sarawak kian menyerlah sebagai ‘Bintang ASEAN’
  • Utara
  • WILAYAH

Sarawak kian menyerlah sebagai ‘Bintang ASEAN’

Utusan Sarawak 6 hours ago
DASAR JELAS…Abang Johari dan Awang Tengah ketika melawat gerai pameran dan melihat tahap pencapaian setiap agensi kerajaan dalam menyokong agenda pembangunan.  

LIMBANG: Strategi pembangunan berasaskan kekuatan sumber negeri, inovasi teknologi serta pendekatan autonomi dalam merangka dasar ekonomi masa depan terus memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai ‘Bintang ASEAN’.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak kini mempunyai hala tuju jelas untuk muncul sebagai kuasa ekonomi baharu di rantau Asia.

Menurut beliau, perkembangan itu didorong oleh pelaksanaan dasar pembangunan yang lebih progresif dan berfokuskan masa depan.

DASAR JELAS…Abang Johari dan Awang Tengah ketika melawat gerai pameran dan melihat tahap pencapaian setiap agensi kerajaan dalam menyokong agenda pembangunan.  

“Transformasi ekonomi negeri yang sedang berlaku merangkumi pembangunan sektor berteknologi tinggi seperti ekonomi digital, tenaga hijau, hidrogen serta industri berasaskan inovasi yang mampu menjana pertumbuhan jangka panjang,” katanya ketika merasmikan Program Sarawakku Sayang 2026 di sini, hari ini.

Tambah beliau, kekuatan Sarawak turut diperkukuh melalui keupayaan menarik pelaburan berskala besar serta pelaksanaan dasar pembangunan sendiri yang lebih fleksibel dan menepati keperluan semasa.

Beliau turut menegaskan pengiktirafan di peringkat antarabangsa semakin meningkat apabila Sarawak kini mula menjadi rujukan dalam perbincangan global berkaitan tenaga masa depan dan ekonomi mampan.

DASAR JELAS…Abang Johari dan Awang Tengah ketika melawat gerai pameran dan melihat tahap pencapaian setiap agensi kerajaan dalam menyokong agenda pembangunan.  

“Matlamat kita jelas, Sarawak bukan sahaja mahu membangun, tetapi juga mahu menjadi antara kuasa ekonomi yang dihormati di rantau Asia,” katanya.

Pada masa sama, beliau menepis tanggapan lapuk yang pernah mempersendakan rakyat Sarawak, sebaliknya menegaskan negeri ini kini muncul sebagai ‘Bintang ASEAN’ yang memiliki kekuatan tersendiri dan mengangkat kedudukannya di peringkat dunia.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Limbang bakal jadi bandar pintar rendah karbon
Next: Taklimat khas bincang tiga projek tertangguh di Bekenu – Rosey Yunus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.