Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak kekurangan 2,170 guru
  • TEMPATAN

Sarawak kekurangan 2,170 guru

Utusan Sarawak 5 years ago
DATUK Patinggi Abang Johari Tun Openg menyerahkan geran Kerajaan Sarawak bernilai RM4.5 juta kepada Persatuan Melayu Miri, di Miri, malam kelmarin.

SERIAN: Kerajaan negeri akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melantik graduan lepasan ijazah yang menganggur menjadi guru sandaran.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Dato’ Sri Michael Manyin Jawong berkata, ia bagi memenuhi kekurangan 2, 170 guru di Sarawak.

“Apa yang dialami oleh kita sekarang adalah kekurangan guru dalam subjek bahasa Inggeris, matematik dan sains,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Pakaian Seragam Yayasan Sarawak 2020 di SMK Tebakang, Serian, semalam.

Untuk tahun ini, seramai 1, 800 pelajar di kawasan Serian akan menerima bantuan itu, masing-masing akan mendapat baucar sebanyak RM200.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu sekiranya lepasan graduan tersebut menunjukkan hasil terbaik ketika memegang jawatan guru sandaran, maka mereka boleh memohon untuk mengambil jurusan dalam diploma pendidikan selepas tujuh bulan mengajar.

“Untuk itu, kita mahu memohon keizinan daripada Menteri Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.

“Jika berjaya, maka jumlah kekurangan guru di negeri ini dapat dipenuhi oleh graduan lepasan ijazah,” ujarnya.

Jelasnya, pada masa ini sebanyak 30 peratus guru sekolah rendah mengajar bahasa Inggeris yang bukan dari bidang pengkhususan mereka manakala 55 peratus untuk subjek matematik dan sains.

“Mereka tidak dilatih untuk mengajar ketiga-tiga subjek berkenaan tetapi mereka terpaksa mengajar ekoran kekurangan guru di Sarawak,” tegasnya.

Oleh Nur Ain Otsman

Continue Reading

Previous: Kerajaan bantu persatuan pelbagai kaum
Next: Adaptasi teknologi dalam perniagaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.