Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak kekal strategi pelancongan sedia ada, tunggu penjelasan Zon Khas Pelaburan Pelancongan
  • TEMPATAN

Sarawak kekal strategi pelancongan sedia ada, tunggu penjelasan Zon Khas Pelaburan Pelancongan

Utusan Sarawak 1 day ago
MENTERI Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah merasmikan Majlis Penutupan Program EdXchange Belia 2025 di TEGAS Digital Village, Samajaya, hari ini.Foto TEGAS Comms 

KUCHING: Sarawak akan meneruskan strategi pelancongan sedia ada yang terbukti berkesan, sementara menunggu penjelasan lanjut mengenai pelaksanaan Zon Khas Pelaburan Pelancongan (STIZ) di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, setakat ini kerajaan negeri belum menerima sebarang maklumat rasmi berhubung pelaksanaan atau lokasi terlibat bagi inisiatif tersebut di negeri ini.

“Kemungkinan pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah mengenal pasti kawasan yang perlu diberi tumpuan promosi pelancongan.

“Selepas itu, barulah kita akan lihat bagaimana Sarawak dapat mengambil bahagian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penutupan Program EdXchange Belia 2025 di TEGAS Digital Village, Samajaya, hari ini.

Menurutnya lagi, Sarawak tidak mengamalkan pendekatan pengezonan pelancongan, sebaliknya menumpukan kepada promosi destinasi yang telah lama dikenal pasti berpotensi seperti Taman Negara Mulu, Taman Negara Niah, Sarawak Delta Geopark dan acara tahunan seperti Festival Hutan Hujan Sedunia.

Tambahnya, sekiranya kawasan yang terlibat dalam STIZ adalah lokasi yang sememangnya telah dipromosikan negeri ini, maka usaha tersebut berada dalam hala tuju yang selari antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

“Setakat ini, kita hampir mencapai sasaran lima juta pelawat bagi tahun ini, dan kutipan hasil pelancongan negeri melebihi RM1 bilion setiap bulan. Ini membuktikan keberkesanan pendekatan kita selama ini,” ujarnya.

Dalam pembentangan RMK13 di Dewan Rakyat baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan Zon Khas Pelaburan Pelancongan (STIZ) di empat negeri iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak, sebagai langkah merancakkan pembangunan produk pelancongan baharu negara.

Oleh Amanda L.

Continue Reading

Previous: Uggah tinjau persiapan akhir perasmian Jambatan Sungai Bintangor
Next: Alunan taboh sambut Viviana Lin, Ratu Cantik Iban pertama menang MGM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.