Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak kekal pengeluar ikan tilapia terbesar di Malaysia
  • SEMASA

Sarawak kekal pengeluar ikan tilapia terbesar di Malaysia

Utusan Sarawak 8 hours ago
KETUA Pengarah Perikanan Malaysia, Dato’ Adnan Hussain pada Majlis Penyerahan Bot Peronda Baharu Jabatan Perikanan Laut Sarawak di Jeti Perikanan Wilayah 1, di sini, hari ini. Foto UKAS

SANTUBONG: Sarawak kekal sebagai pengeluar ikan tilapia terbesar di Malaysia yang telah menampung keperluan bekalan ikan negara.

Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Dato’ Adnan Hussain berkata, ini adalah hasil kejayaan projek ternakan di Batang Ai.

“Kadar Sara Diri (SSR)bekalan ikan negara meningkat kepada 91.6 peratus berbanding 90.7 peratus tahun sebelumnya.

“Ini menunjukkan keupayaan negara menampung permintaan tempatan yang kini mencapai purata 48.1 kilogram ikan seorang setahun,” katanya demikian ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Bot Peronda Baharu Jabatan Perikanan Laut Sarawak di Jeti Perikanan Wilayah 1, di sini, hari ini.

Tambahnya, pengeluaran perikanan negara pada tahun lalu mencatat 1.9 juta tan metrik dengan 1.3 juta tan daripada perikanan tangkapan dan 511,000 tan daripada subsektor akuakultur.

Dalam pada itu, beliau memberitahu penyerahan dua bot peronda baharu akan digunakan sepenuhnya bagi memperkukuh pelaksanaan aktiviti pemantauan, kawalan dan pengawasan (MCS) di bawah Akta Perikanan 1985.

Jelasnya, ia selaras dengan tanggungjawab Malaysia selepas menandatangani Perjanjian Subsidi Perikanan di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada Februari 2024.

“Dengan adanya aset baharu ini, Jabatan Perikanan dapat meningkatkan keupayaan dalam memerangi aktiviti penangkapan ikan haram atau Illegal, Unreported and Unregulated (IUU) Fishing.

“Kita mesti melindungi hak dan rezeki nelayan tempatan daripada pencerobohan nelayan asing, khususnya dari Vietnam,” ujarnya.

Tambahnya, dua bot ronda ini yang dianggarkan berjumlah RM4 juta, dengan setiap bot bernilai kira-kira RM2 juta akan mempertingkat aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan di perairan negeri ini.

Difahamkan, bot tersebut dilengkapi sistem radar berteknologi tinggi bagi membolehkan rondaan dilaksanakan secara lebih menyeluruh dan berkesan, termasuk pada waktu malam atau dalam keadaan cuaca kurang baik di samping dilengkapi dengan kerusi jenis ‘Shockwave’ bagi mengurangkan kesan hentakan ombak terhadap tulang belakang anggota penguatkuasa.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Malaysia lakar sejarah, dipilih Ahli Lembaga UNESCO bagi penggal 2025-2029
Next: Jangan salah guna kebaikan rakan, itu juga buli di tempat kerja – Nancy

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.