Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak kehilangan permata berharga – Abang Johari
  • TEMPATAN

Sarawak kehilangan permata berharga – Abang Johari

Utusan Sarawak 13 hours ago
PROF Datuk Dr Madeline Berma, ahli ekonomi dan akademik tersohor Sarawak yang banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri.

KUCHING: Sarawak hari ini kehilangan satu daripada permata berharganya berikutan pemergian ahli ekonomi dan akademik, Prof Datuk Dr Madeline Berma, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Pejabat Premier Sarawak dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, Madeline yang juga ahli Majlis Tindakan Ekonomi Sarawak (SEAC) telah menyumbang kepakaran beliau bagi memastikan masa hadapan ekonomi Sarawak yang mampan.

“Bagi pihak SEAC, Abang Johari merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Madeline Berma atas pemergian beliau hari ini.

“Beliau ialah ahli SEAC yang ditubuhkan pada 2020 bagi memudah cara strategi pemulihan ekonomi pasca COVID-19 Sarawak ke arah 2030 seperti yang terkandung dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030),” menurut kenyataan itu.

Madeline meninggal dunia pada usia 67 tahun di kediamannya di Bandar Baru Bangi pada 11.30 pagi tadi.

Anak saudara mendiang, Basil Cliffton Calvert berkata jasad Madeline akan dibawa pulang ke Kampung Siol Kandis, Kuching untuk urusan pengebumian.- Bernama

Continue Reading

Previous: Pengerusi PN Sarawak letak jawatan berkuat kuasa 1 Januari 2026 
Next: Dua PPS dibuka di Batu Kawa untuk mangsa banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.