Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak kedudukan terbaik tangani perubahan iklim
  • SEMASA

Sarawak kedudukan terbaik tangani perubahan iklim

Utusan Sarawak 4 months ago

KUCHING: Sarawak berada pada kedudukan yang kukuh untuk memimpin dalam menangani perubahan iklim, dipandu oleh komitmen terhadap pembangunan lestari dan pelepasan sifar bersih menjelang 2050.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan Sarawak optimis dalam strategi pengurusan alam sekitar ke arah lebih kondusif.

Menurutnya, akar umbi dalam perancangan yang strategik, Sarawak mampu menjadikan negeri ini ke arah lebih hijau dan bersih.

“Bagaimanapun, intipati utama adalah untuk memupuk budaya penjagaan alam sekitar dan memperkasakan komuniti untuk mengambil tanggungjawab bersama demi masa depan yang lebih baik”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian Anugerah Premier Sarawak, Alam Sekitar (PSEA) Ke-11 Tahun 2024/2025, di sini malam tadi.

Abang Johari berkata bagi merealisasikan visi itu, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) menggunakan ‘pendekatan lembut’ yang menumpukan kepada pendidikan awam, jangkauan dan kesedaran, dengan inisiatif seperti Kelab Pencinta Alam Sekitar (Kelab PALS) 

“PALS bertujuan untuk melibatkan setiap sekolah di Sarawak, memupuk penjaga alam sekitar dalam kalangan golongan muda untuk menjadi pemimpin kelestarian pada masa depan. 

“Semasa sambutan Hari Alam Sekitar 2024 pada Oktober 2024, saya berikrar untuk membiaya bagi menyokong PALS untuk memastikan kejayaannya dalam memperkasakan generasi akan datang bagi menerajui perjalanan kelestarian Sarawak”katanya.

Mengulas lanjut, Abang Johari memberitahu bahawa melalui perkongsian startegik itu, semua pihak termasuk komuniti, belia, IPT, perniagaan, dan NREB dapat menerajui tindakan kolektif yang Sarawak usahakan masa ini.

Oleh itu, beliau menyeru kepada semua untuk bersama-sama dalam menjaga kelestarian alam sekitar di Sarawak bagi membentuk kejayaan generasi yang akan datang.

Oleh Noor Ikmal

Continue Reading

Previous: Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Next: HAWANA platform himpunkan organisasi media ASEAN – Fahmi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.