Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak kaya dengan sejarah tersendiri
  • TEMPATAN

Sarawak kaya dengan sejarah tersendiri

Utusan Sarawak 5 years ago
MEMPERINGATI… Dato’ Wee Hong Seng meletakkan kalungan bunga di atas tugu peringatan perang dunia kedua sebagai simbolik peringatan Perang Dunia Kedua Sarawak ke-75 di Dataran Peringatan di Maktab Perguruan Batu Lintang Kuching, semalam. •Foto ALIPIAN HYACINTH

KUCHING: Sarawak adalah negeri kaya dengan sejarah yang tersendiri termasuk warisan sejarah Kem Penjara Batu Lintang yang beroperasi pada 1941 hingga 1945 yang mana Sarawak dan Pulau Borneo ketika itu diserang dan dijajah secara paksa oleh tentera imperialis, Jepun.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato’ Wee Hong Seng berkata, inisiatif Jawatankuasa Pembangunan Warisan Persekutuan Pelancongan Sarawak (STF) dan Institut Perguruan Batu Lintang ini adalah salah satu usaha baik untuk memperingati sejarah yang pernah berlaku di negeri ini.

Wee berkata, warisan sejarah Perang Dunia Kedua di Kem Penjara Batu Lintang ini menjadi saksi di atas semua kekejaman tentera Jepun terhadap masyarakat pada ketika itu.

“Rekod sejarah yang dipamerkan di Kem Penjara batu Lintang ini mengungkap segala peristiwa yang pernah terjadi di sekitar 1941 hingga 1945.

“Terima kasih kepada Dato’ Lim Kian Hock kerana mengambil risiko untuk merekodkan segala perjuangan pejuang terdahulu yang mempertaruhkan nyawa untuk mempertahankan tanah air kita,” ujarnya.

Dalam pada itu, komitmen yang ditunjukkan STF dan beberapa jawatankuasa sukarelawan dalam usaha melakukan aktiviti sukarelawan untuk menghidupkan tempat bersejarah ini merupakan usaha baik dengan menganjurkan beberapa lawatan secara berkala kepada waris Kem Penjara Batu Lintang dan Kem Penjara Bario Perang Dunia Kedua.

Turut hadir, Pengerusi Persekutuan Pelancongan Sarawak (STF), Fiona Marcus Raja, Pengarah Institut Pendidikan Guru kampus Batu Lintang, Jamiran Salam dan Penasihat Jawatankuasa STF, Dato’ Lim Kian Hock.

Katanya, apa yang kita kecapi hari ini adalah hasil pengorbanan nenek moyang kita.

“Kita akan memberikan komitmen sepenuhnya untuk melakukan terbaik dalam mengabadikan warisan ini dengan mengambil bahagian dalam mempromosikan laman bersejarah yang pernah terjadi di kem penjara ini sebagai tapak pelancongan.

“Oleh itu, saya menggesa masyarakat di negeri ini menghayati segala pengorbanan pejuang terdahulu dan menjaga keamanan yang dicapai ini dengan sebaik mungkin,” ujarnya.

Oleh Jeakqleyn Yacho

Continue Reading

Previous: Reman dua ‘Datuk’ dilanjutkan
Next: Tindakan lindungi beruang matahari dipuji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.