Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak jadi model undang-undang perdagangan karbon negara
  • TEMPATAN

Sarawak jadi model undang-undang perdagangan karbon negara

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PENYAMPAIAN… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MUDENR bagi 2024 dan juga menyampaikan sijil penghargaan kepada staf yang bersara serta berpindah. Foto UKAS

KUCHING: Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk mengharmonikan undang-undang perdagangan karbon Sarawak dengan cadangan undang-undang di peringkat nasional, sekali gus menjadikan Sarawak sebagai model dalam pembangunan dasar perundangan berkaitan perubahan iklim dan ekonomi karbon.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata undang-undang negeri yang merangkumi Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) serta pengurangan gas rumah hijau telah dibangunkan lebih awal, dan kini menjadi rujukan utama dalam perumusan dasar di peringkat Persekutuan.

“Kita akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan perdagangan karbon antara pihak kita dan pembeli,” katanya.

“Alhamdulillah, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk mengharmonikan undang-undang kita dengan cadangan undang-undang mereka yang akan dibentangkan di Parlimen. Ini bermakna, undang-undang kita turut menjadi model kepada Kerajaan Persekutuan,” tambah beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Apresiasi Kementerian Sumber Asli Dan Pembangunan Bandara (MUDENR) di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Beliau menambah, penyelarasan ini penting kerana perdagangan karbon berasaskan protokol dan kerangka undang-undang antarabangsa.

Justeru katanya, kerjasama antara Sarawak dan Kerajaan Persekutuan adalah penting bagi memastikan pelaksanaan sistem perdagangan karbon yang sah, cekap dan mampan. – UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak ambil langkah proaktif perkukuh sistem perundangan
Next: 202 KMKK terima watikah pelantikan DUN Engkilili

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.