Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak jadi model perpaduan dalam kepelbagaian etnik
  • TEMPATAN

Sarawak jadi model perpaduan dalam kepelbagaian etnik

Utusan Sarawak 3 days ago
UCAPAN.…Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berucap pada majlis Perhimpunan Hari Kebangsaan Peringkat Sarawak 2025 bertempat di pekarangan Dewan Suarah Sarikei, hari ini.

SARIKEI: Sarawak menjadi contoh unggul perpaduan dalam kepelbagaian, dengan 101 kumpulan etnik yang terdiri daripada 27 etnik utama dan 74 etnik kecil yang hidup aman dan harmoni.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti serta Menteri Bertanggungjawab Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sarawak 2025, Dato Sri Fatimah Abdullah, berkata Hari Kebangsaan ke-68 wajar dijadikan peringatan kepada semua untuk terus memelihara dan mempertahankan perpaduan daripada sebarang unsur yang boleh memecahbelahkan.

“Perpaduan adalah benteng kemerdekaan kerana tanpa perpaduan yang kukuh akan menggugat kemerdekaan yang kita capai hari ini.

 “Bagi kita di Sarawak, sambutan ini mempunyai signifikan yang mendalam, kerana ia menjadi simbol penyatuan rakyat berbilang kaum, budaya dan agama dalam semangat Malaysia yang sebenar.

“Tiga tarikh penting iaitu 22 Julai (Hari Sarawak), 31 Ogos (Hari Kebangsaan) dan 16 September (Hari Malaysia) bukan sahaja mengingatkan kita kepada detik-detik bersejarah, tetapi juga membawa makna mendalam dalam membentuk jati diri rakyat Malaysia, khususnya anak Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perhimpunan Hari Kebangsaan Peringkat Sarawak 2025 bertempat di pekarangan Dewan Suarah Sarikei, hari ini. 

Katanya, Hari Sarawak memperingati detik bersejarah apabila negeri itu memperoleh pemerintahan sendiri pada 1963 yang menjadi lambang kedaulatan dan identiti rakyat Sarawak.

“Hari Kebangsaan pada 31 Ogos pula adalah lambang kemerdekaan seluruh negara daripada cengkaman penjajahan.

“Bagi Hari Malaysia pada 16 September menandakan penyatuan negeri-negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu dan Wilayah Sabah dan Sarawak di bawah satu negara berdaulat iaitu Malaysia. 

“Ketiga-tiga hari ini bukan sahaja memperkukuh kesedaran sejarah dan jati diri anak Sarawak, tetapi juga menjadi asas kepada perpaduan dan keharmonian yang kita nikmati hari ini,” katanya.

Fatimah juga menegaskan bahawa Sarawak adalah negeri yang unik dengan kepelbagaian etnik, budaya dan kepercayaan yang membuktikan bahawa kepelbagaian bukan penghalang kepada perpaduan, tetapi sumber kekuatan sebenar.

“Sebagai rakyat Sarawak, tanggungjawab kita adalah untuk meneruskan legasi kemerdekaan ini dengan membangun wilayah yang berdaya saing, maju dan bersatu padu. 

“Kita harus memperkukuhkan jati diri sebagai anak Sarawak yang bangga dengan sejarahnya, teguh dalam perpaduannya dan tinggi dalam semangat patriotiknya,” katanya lagi. 

Oleh Earl Anek 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kawasan sekitar Sarikei berpotensi jadi ‘bakul makanan’ untuk eksport hasil tani
Next: Premier Sarawak naik perahu tambang elektrik pertama di Sungai Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.