Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak, India bincang isu jantina, kebajikan wanita
  • SEMASA

Sarawak, India bincang isu jantina, kebajikan wanita

Utusan Sarawak 1 day ago
DATUK Seri Fatimah Abdullah menerima cenderamata daripada Annapurna Devi. Foto Ukas

NEW DELHI: Sarawak dan India mengadakan perbincangan mengenai isu jantina serta kebajikan wanita dalam usaha memperkukuh sistem sokongan dan pemerkasaan golongan itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah mengadakan perbincangan tersebut bersama Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak India Annapurna Devi di New Delhi, semalam.

Kunjungan hormat itu menekankan kepentingan kerjasama dalam meningkatkan sistem sokongan bagi wanita yang terkesan oleh keganasan, memandangkan Malaysia dan India komited terhadap pemerkasaan wanita serta kesaksamaan jantina, menurut Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi dalam hantaran media sosial hari ini.

Interaksi tersebut turut memberi peluang untuk bertukar pandangan tentang pemerkasaan wanita, mengenai pembangunan awal kanak-kanak dan kesejahteraan komuniti, kata menteri India itu menerusi platform media sosial X.

Lawatan Fatimah ke Delhi dari 5 hingga 7 Januari adalah atas jemputan penaung Rangkaian Wanita Asia Selatan (SWAN) Veena Sikri, seorang diplomat bersara yang pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia dan Bangladesh.

Menteri Sarawak itu bersama delegasi pengiring, termasuk Presiden Persatuan Wanita India Sarawak (SIWA) Paliani Samba Bilaidom, yang juga dikenali sebagai Lucy Lingam, turut menyertai dialog masyarakat sivil anjuran SWAN di Pusat Antarabangsa India semalam.

Perbincangan tertumpu kepada Perhimpunan Wanita Antarabangsa Asia Selatan 2026 (SIWA 2026) yang dianjurkan oleh SIWA dan akan diadakan di Kuching, Sarawak, dari 8 hingga 10 September.

SWAN kini sedang berusaha untuk bekerjasama dengan Sarawak dalam inisiatif tersebut.

Peserta turut berbincang mengenai amalan terbaik, sokongan logistik dan idea bagi acara di Sarawak itu yang dijangka menarik kehadiran pemimpin wanita, penggubal dasar serta penggerak masyarakat sivil.- Bernama

Continue Reading

Previous: Inti pati perutusan Tahun Baharu 2026 PM Anwar
Next: Penerbangan Malaysia Airlines berpatah balik ke Paris susulan anomali petunjuk enjin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.