Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak hampir realisasikan KUTS, ujian bas hidrogen kukuhkan kesiapsiagaan
  • TEMPATAN

Sarawak hampir realisasikan KUTS, ujian bas hidrogen kukuhkan kesiapsiagaan

Utusan Sarawak 8 hours ago
TIMBALAN Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel semasa pelaksanaan ujian bas hidrogen hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Sarawak semakin hampir merealisasikan sistem pengangkutan awam moden dan rendah karbon apabila ujian operasi bas hidrogen yang dilaksanakan sejak 2020 membuktikan tahap kesiapsiagaan negeri berada pada landasan kukuh.

Usaha ini menjadi pemangkin penting menjelang pelaksanaan besar-besaran Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) yang dijadualkan bermula pada separuh kedua 2026.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel berkata, hasil ujian tersebut bukan sahaja memperlihatkan kematangan dari segi teknologi dan infrastruktur, malah turut mencerminkan keupayaan pembangunan modal insan dalam menyokong transformasi pengangkutan hijau negeri.

TIMBALAN Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel semasa pelaksanaan ujian bas hidrogen hari ini. Foto UKAS

Menurut beliau, lawatan ke fasiliti Bas Hidrogen Sarawak Metro memberi gambaran jelas bahawa projek KUTS kini berada pada fasa kesiapsiagaan yang meyakinkan untuk dilaksanakan secara berskala besar.

“Sejak 2020, ujian bas hidrogen telah mencapai objektif utama iaitu mengumpul data operasi dan teknikal penting sebagai persediaan untuk pengoperasian skala lebih besar menjelang 2026.

“Ia sekali gus memperkukuh keyakinan bahawa Sarawak berada pada landasan tepat untuk melaksanakan sistem pengangkutan awam rendah karbon yang efisien dan mampan,” katanya semasa lawatan ke fasiliti berkenaan di sini, hari ini.

Beliau menambah, pengalaman sepanjang tempoh percubaan turut memperlihatkan peningkatan ketara dari segi kesiapsiagaan operasi, sekali gus mengukuhkan keupayaan negeri dalam mengendalikan sistem pengangkutan berskala besar seperti KUTS.

“Hasil dapatan ini bukan sahaja memperkasa aspek teknikal, malah memperkukuh perancangan strategik, pengurusan serta pelaksanaan projek pengangkutan awam masa hadapan,” jelasnya.

Sepanjang tempoh ujian, tiga bas hidrogen telah beroperasi di laluan utama termasuk dari pusat bandar Kuching ke Damai Central, membuktikan keberkesanan teknologi tersebut dalam persekitaran sebenar.

Dalam perkembangan sama, Sarawak Metro memaklumkan bahawa bas perintis itu tidak akan digunakan dalam operasi harian KUTS kelak berikutan perbezaan reka bentuk dan spesifikasi dengan armada sebenar.

Bagaimanapun, bas tersebut kini sedang dipertimbangkan untuk peranan alternatif bagi terus menyumbang kepada pembangunan ekosistem pengangkutan awam negeri.

Selain aspek teknikal, projek ini turut memperkukuh keupayaan pengurusan organisasi termasuk dalam pengurusan kontrak dan kitar hayat aset, sekali gus memastikan kesiapsiagaan menyeluruh menjelang pelaksanaan KUTS.

Lawatan tersebut turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS), Dato Syeed Mohd Hussien Wan Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan, Mohamad Lotfi Tuah, Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Metro Sdn Bhd, Mazli Mustaffa serta pegawai lain.

 -UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kutipan dana implan koklea belum capai sasaran, orang ramai digesa terus bantu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.