Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak gubal pelan induk pengurusan sisa komprehensif, sasar kelestarian 2050
  • TEMPATAN

Sarawak gubal pelan induk pengurusan sisa komprehensif, sasar kelestarian 2050

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Len Talif Salleh menyempurnakan simbolik pelancaran PSEA ke-12 di Bintulu hari ini.

BINTULU: Kerajaan Sarawak terus memperkukuh agenda kelestarian dengan menggubal pelan induk pengurusan sisa komprehensif yang dijangka siap hujung 2025, sekali gus menjadi panduan strategik negeri dalam menguruskan sisa sehingga 2050.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, pelan itu penting untuk memastikan Sarawak mempunyai hala tuju yang jelas dan kukuh dalam menangani isu sisa pepejal secara mampan dan berkesan.

Beliau menegaskan, dokumen itu akan menjadi rujukan utama kepada semua pihak terlibat dalam sistem pengurusan sisa sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada tapak pelupusan sampah tradisional.

“Pelan induk komprehensif yang dijangka siap pada hujung 2025 akan menjadi panduan strategi pengurusan sisa sehingga 2050, memastikan setiap langkah meminimumkan kesan terhadap alam sekitar serta memaksimumkan pemulihan sumber,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Anugerah Alam Sekitar Premier Sarawak (PSEA) ke-12 (2025/2026) di hotel di sini, hari ini.

DATUK Len Talif Salleh berucap pada majlis pelancaran PSEA ke-12 di Bintulu hari ini.

Menurutnya, antara komponen utama pelan berkenaan adalah pembangunan dua loji moden ‘waste-to-energy’ (WtE) atau sisa kepada tenaga menjelang 2026. 

Loji tersebut akan berfungsi menukar sisa pepejal kepada tenaga, sekali gus menggantikan operasi tapak pelupusan secara berperingkat.

Langkah itu, jelasnya merupakan satu transformasi besar dalam sistem pengurusan sisa kerana bukan sahaja dapat mengurangkan pencemaran, malah mampu menjana sumber tenaga baharu untuk negeri.

Beliau berkata, pembinaan loji WtE tersebut akan menempatkan Sarawak sebagai negeri perintis dalam adaptasi teknologi hijau berskala besar, seiring dengan usaha global mengurangkan pelepasan karbon.

Selain mengurangkan beban tapak pelupusan, projek itu juga dilihat sebagai penyelesaian jangka panjang yang mampu menjamin kesejahteraan rakyat dengan sistem yang lebih moden dan berdaya tahan.

Beliau yakin pelaksanaan pelan induk bersama projek WtE itu akan melonjakkan keupayaan Sarawak dalam menguruskan sisa dengan lebih efisien, seiring aspirasi untuk menjadikan negeri ini sebagai peneraju ekonomi hijau di rantau ini.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi rakam perutusan Hari Malaysia 2025
Next: RMK13: Libat urus awam di Kuching platform suara rakyat Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.