Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak galak syarikat pembinaan daftar sebagai kontraktor pengurusan fasiliti
  • SEMASA

Sarawak galak syarikat pembinaan daftar sebagai kontraktor pengurusan fasiliti

Utusan Sarawak 1 day ago
DATO Sri Alexander Nanta Linggi (duduk, tengah) bersama para tetamu kehormat dan peserta sempena Hari Libat Urus Industri Pengurusan Fasiliti Sarawak 2025 di sini, hari ini. Foto: Norman B

KUCHING: Sarawak diyakini mampu menjadi perintis dalam bidang pengurusan fasiliti mampan di rantau Borneo seiring dengan pelaksanaan pelbagai projek pembangunan strategik di negeri ini.

Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, projek berskala besar seperti Lebuh Raya Pan Borneo, Rangkaian Jalan Raya Sarawak Sabah (SSLR), aspirasi bandar pintar dan ekonomi hidrogen menjadikan Sarawak berpotensi besar untuk menerajui bidang ini.

“Pengurusan fasiliti bukan sekadar penyelenggaraan bangunan atau infrastruktur, tetapi melibatkan pendekatan holistik sepanjang kitaran hayat aset daripada perancangan, pembinaan, operasi, penyelenggaraan hingga pelupusan.

“Kaedah ini dapat memastikan infrastruktur berfungsi secara optimum, tahan lama dan memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada Hari Libat Urus Industri Pengurusan Fasiliti Sarawak 2025 di sini, hari ini.

Menurut beliau, industri pengurusan fasiliti dijangka mencecah nilai pasaran global sebanyak A$D1.53 trilion pada tahun ini, manakala Malaysia pula bernilai sekitar RM55 bilion dan terus berkembang kepada RM75 bilion menjelang 2030 dengan kadar pertumbuhan tahunan 5.1 peratus.

AMANAT… Dato Sri Alexander Nanta Linggi berucap pada Program Hari Libat Urus Industri Pengurusan Fasiliti Sarawak 2025 di sini, hari ini. Foto: Norman B

Dalam pada itu, beliau menggesa lebih banyak syarikat pembinaan di Sarawak mendaftar sebagai kontraktor pengurusan fasiliti berikutan jumlah syarikat berdaftar dalam bidang ini di Sarawak masih rendah apabila hanya 17 kontraktor berdaftar berbanding lebih 460 di seluruh negara. 

“Saya melihat ini bukan kelemahan tetapi peluang besar untuk melahirkan lebih ramai kontraktor tempatan berkemahiran tinggi dengan sokongan kerajaan negeri, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan pemain industri,” ujarnya.

CIDB telah memperkenalkan beberapa inisiatif penting termasuk pendaftaran dan pensijilan kontraktor pengurusan fasiliti melalui kategori F01 (Fasiliti Bangunan dan Infrastruktur Am) dan F02 (Fasiliti Penjagaan Kesihatan), pembangunan modul latihan serta akreditasi bagi eksekutif pengurusan fasiliti dan pengurus pengurusan fasiliti, penggunaan perisian kos kitar hayat, serta pembangunan piawaian industri pembinaan untuk pengurusan fasiliti.

Tambah beliau, majlis hari ini bukan sekadar platform perkongsian ilmu, malah menjadi wadah libat urus untuk membina pelan strategik pembangunan pengurusan fasiliti negeri ini.

Selain membuka ruang kolaborasi antara kerajaan, industri dan akademia, bidang ini turut berpotensi mewujudkan ribuan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada anak muda Sarawak.

Pelaksanaan dasar yang konsisten serta sokongan padu daripada pelbagai pihak membolehkan Sarawak berupaya menjadi contoh rujukan nasional dalam memperkukuh tadbir urus aset negara secara lebih bersepadu.

“Jika kita bersatu tenaga, melatih tenaga kerja berkemahiran dan memanfaatkan teknologi terkini, Sarawak mampu melonjak sebagai model pengurusan fasiliti mampan yang dihormati bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di peringkat serantau,” tegasnya.

Oleh Norman B

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak pelajari kaedah cegah jerebu melalui lawatan teknikal ke Jambi
Next: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi Unimas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.