Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Sarawak fokus jadi hab eksport makanan, lancar projek Taman Pertanian Ketepatan
  • BISNES

Sarawak fokus jadi hab eksport makanan, lancar projek Taman Pertanian Ketepatan

Utusan Sarawak 1 day ago
DATO Sri Dr Stephen Rundi Utom dan dif-dif kenamaan lain merakam gambar bersama sebagai tanda kenangan selepas simbolik pecah tanah bagi projek Taman Pertanian Ketepatan di Sungai Sebiew, Bintulu hari ini. Foto: Carolyne Utih

BINTULU: Kerajaan Sarawak meneruskan agenda pemodenan sektor pertanian dengan pelancaran projek Taman Pertanian Ketepatan kedua di Sungai Sebiew, satu langkah penting dalam menjadikan negeri ini sebagai pengeksport makanan bersih pada masa hadapan.

Projek berkeluasan 13 hektar itu merupakan sambungan kepada inisiatif pertama di Kabuloh dan menggunakan teknologi pertanian pintar berasaskan Internet Kebendaaan (IoT) serta sistem digital sepenuhnya.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, kejayaan dalam bidang pertanian tidak lagi bergantung kepada keluasan tanah sebaliknya kepada penggunaan teknologi bagi menghasilkan produk berkualiti secara mampan.

“Kita tidak boleh lagi bergantung kepada pertanian sara diri. Kita perlu beralih kepada pertanian komersial sepenuhnya dengan fokus kepada kualiti hasil dan keberkesanan operasi. 

“Teknologi seperti IoT membolehkan kita menguruskan ladang dari rumah,” katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah projek itu di Pusat Latihan Pertanian Sungai Sebiew hari ini.

Projek berkenaan turut melibatkan pengoperasian oleh pelabur swasta melalui model Perkongsian Awam-Swasta (PPP) yang juga menyediakan latihan dan peluang pertanian kontrak kepada penduduk tempatan.

DATO Sri Dr Stephen Rundi Utom menyempurnakan simbolik pecah tanah bagi projek Taman Pertanian Ketepatan di Sungai Sebiew, Bintulu hari ini. Foto: Carolyne Utih

Mengulas kejayaan eksport, beliau mendedahkan bahawa Sarawak kini telah berjaya menghantar 800 babi hidup ke Selangor dengan nilai melebihi RM1.38 juta, diikuti penghantaran sekitar 2,000 babi seminggu ke Singapura.

“Permintaan turut datang dari Johor dan Pulau Pinang. Ini menunjukkan potensi besar Sarawak untuk menjadi hab pengeksport makanan yang kompetitif,” ujarnya.

Menurut beliau, Sarawak akan memfokuskan kepada ternakan babi, ayam, perikanan dan seterusnya tanaman sebagai sumber utama eksport bersih makanan negara.

Sebagai contoh terbaik, beliau merujuk Taiwan yang merupakan sebuah negara kecil yang 75 peratus kawasannya berbukit tetapi mampu menjadi pengeksport makanan bersih melalui teknologi moden dan kesungguhan rakyatnya.

“Kalau mereka boleh, kita juga boleh. Tapi kita mesti sanggup belajar dan bersedia menerima perubahan,” tegasnya.

Projek tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (DOE), Lembaga Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDB) serta agensi berkaitan yang menjadi sebahagian Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) Sarawak.

Oleh Carolyne Utih

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Proton sasar eksport 6,000 unit kenderaan tahun ini
Next: Ringgit susut susulan semakan KDNK oleh BNM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.