Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak fokus inovasi, tenaga bersih dalam sektor laut dalam
  • SEMASA

Sarawak fokus inovasi, tenaga bersih dalam sektor laut dalam

Utusan Sarawak 21 hours ago
SESI bergambar sempena Persidangan Offshore Energy Asia 2025.

KUALA LUMPUR: Sarawak menegaskan komitmennya untuk menerajui inovasi, keselamatan, dan kelestarian dalam sektor tenaga laut dalam, seiring dengan perkembangan pesat teknologi dan tuntutan global terhadap tenaga bersih.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni, yang juga Penaung Offshore Energy Asia 2025, berkata Asia berada pada persimpangan penting dalam merangka strategi tenaga luar pesisir yang mampu menyokong pertumbuhan ekonomi sambil menepati matlamat kelestarian dunia.

“Landskap tenaga kini berubah dengan pantas. Perubahan iklim, kemajuan teknologi, dan permintaan global terhadap alternatif yang lebih bersih mendorong kita untuk memanfaatkan peluang ini demi kemajuan tanpa mengabaikan perlindungan terhadap bumi,” katanya pada sebuah kenyataan ketika merasmikan persidangan di Hotel Impiana KLCC, hari ini.

Bertemakan Floating Production Solutions for the Future, persidangan tahun ini menghimpunkan pakar industri, rakan kongsi strategik, penaja, dan pemain utama sektor tenaga untuk berkongsi pandangan, memacu dialog, serta membentuk kerjasama merentas sempadan.

Datuk Dr. Hazland menegaskan, fokus masa depan bukan sekadar memperluas kapasiti pengeluaran, tetapi melaksanakannya secara bijak, bertanggungjawab, dan berpandangan jauh. 

“Kita perlu memastikan setiap langkah yang diambil memberi manfaat ekonomi dan pada masa yang sama menyumbang kepada agenda kelestarian global,” ujarnya lagi. 

Beliau turut memuji usaha penganjur, rakan kongsi, dan semua peserta yang hadir kerana komitmen mereka terhadap inovasi dan kelestarian. 

“Gunakanlah platform ini bukan sahaja untuk berbincang, tetapi untuk berjanji kepada inovasi, keselamatan, kelestarian, dan kerjasama yang melangkaui sempadan,” tegasnya. 

Offshore Energy Asia 2025 dilihat sebagai platform penting untuk memperkukuh kedudukan Asia dalam industri tenaga luar pesisir, selain membuka ruang kepada penyelesaian pengeluaran terapung yang lebih inovatif dan mesra alam bagi memenuhi cabaran masa depan.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Gira sedia berdepan calon lain rebut jawatan Ketua Pemuda PRS
Next: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah selamat tiba di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.