Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak Energy raih 23 anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di MSOSH 2025
  • SEMASA

Sarawak Energy raih 23 anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di MSOSH 2025

Utusan Sarawak 12 hours ago
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy, Datuk Sharbini Suhaili, menegaskan semula komitmen Sarawak Energy untuk mengekalkan persekitaran kerja yang selamat bagi para pekerja, kontraktor dan rakan kongsi syarikat.

KUCHING: Sarawak Energy terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) apabila menerima sebanyak 23 anugerah pada Majlis Anugerah Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH) Ke-43 bagi 2025.

Pengiktirafan itu menonjolkan komitmen berterusan Sarawak Energy dalam mewujudkan budaya keselamatan yang kukuh dan berfokuskan insan di semua peringkat operasi syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy, Datuk Sharbini Suhaili, menyatakan bahawa pengiktirafan itu menunjukkan komitmen bersama organisasi dalam memastikan setiap pekerja, kontraktor dan rakan kongsi beroperasi dalam persekitaran yang selamat.

“Keselamatan adalah keutamaan kami dan menjadi teras dalam setiap operasi. Ia bukan sekadar mematuhi peraturan, tetapi tanggungjawab kami untuk melindungi insan yang terlibat serta komuniti yang kami layani.

Loji Hidroelektrik Murum menerima Anugerah Utama pada Majlis Anugerah Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH) Ke-43. Anugerah tersebut diterima bagi pihak Sarawak Energy oleh Pengurus Stesen Loji Hidroelektrik Murum, Annevella Matthew.

“Penghargaan ini mengukuhkan dedikasi pasukan kami di seluruh Sarawak Energy dalam menegakkan nilai HSSE,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Beliau menambah bahawa syarikat sentiasa memperkukuh budaya keselamatannya melalui pengurusan risiko secara proaktif, integrasi teknologi dan program peningkatan keupayaan.

“Melalui inovasi seperti alat keselamatan, analitik ramalan dan program perkongsian pengetahuan, kami berusaha meningkatkan kesedaran dan akauntabiliti di setiap peringkat,” jelasnya.

Bertemakan ‘Celebrating Achievements, Inspiring the Future,’ anugerah tahunan itu yang dianjurkan oleh MSOSH adalah untuk mengiktiraf organisasi yang menunjukkan prestasi konsisten dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan melalui penilaian dokumentasi serta audit tapak oleh juruaudit MSOSH yang bertauliah.

Antara pencapaian utama tahun ini, Loji Hidroelektrik Murum dan Pejabat Wilayah Kuching telah dianugerahkan Grand Awards, salah satu anugerah tertinggi dalam MSOSH, sebagai pengiktirafan terhadap amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang cemerlang, pengurusan risiko proaktif serta komitmen terhadap budaya penambahbaikan berterusan.

Beberapa fasiliti lain di bawah Sarawak Energy turut menerima anugerah Gold Merit, Gold Class I dan Gold Class II, menggambarkan penerapan standard OSH yang konsisten dalam operasi penjanaan, penghantaran dan pengedaran tenaga di seluruh Sarawak.

Pejabat Wilayah Kuching telah diraikan dengan Anugerah Utama pada Majlis Anugerah MSOSH Ke-43. Pengiktirafan itu diterima bagi pihak Sarawak Energy oleh Pengurus Besar Wilayah Barat, Effendy Syaiful Abdullah.

Sepanjang tahun lalu, Sarawak Energy telah memperkenalkan beberapa inisiatif bagi meningkatkan keselamatan operasi dan kesejahteraan pekerja, termasuk sistem pelaporan insiden digital, program kepimpinan keselamatan serta kempen OSH bersama komuniti. 

Usaha tersebut telah menyumbang kepada penurunan konsisten dalam insiden tempat kerja serta memperkukuh pematuhan terhadap piawaian antarabangsa seperti ISO 45001.

Sarawak Energy terus memadankan Polisi Alam Sekitar dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (EOSH) serta rangka kerja HSSE dengan amalan antarabangsa, menumpukan kepada disiplin operasi, akauntabiliti bersama dan penambahbaikan berterusan.

Majlis Anugerah MSOSH Ke-43 telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Haji Dzulkefly Ahmad, dan dihadiri oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan serta pegawai kanan kerajaan lain.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Gangguan Cloudflare jejaskan akses ke beberapa laman web
Next: Amaran ribut petir, hujan lebat landa beberapa negeri termasuk Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.