Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak Energy perkukuh peralihan tenaga hijau, sasar 10GW menjelang 2030
  • TEMPATAN

Sarawak Energy perkukuh peralihan tenaga hijau, sasar 10GW menjelang 2030

Utusan Sarawak 2 hours ago
RAKAM KENANGAN… Dato James Ung bergambar bersama pengamal media pada majlis makan malam penghargaan pengamal media semalam.

KUCHING: Sarawak Energy menyasarkan kapasiti penjanaan elektrik boleh baharu sehingga 10 gigawatt (GW) menjelang 2030 dan meningkat kepada 15GW menjelang 2035, selaras dengan usaha menjadikan Sarawak sebagai hab tenaga bersih serantau.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Sarawak Energy, Dato James Ung, berkata, sasaran berkenaan berpandukan Strategi

Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) serta Dasar Peralihan Tenaga Sarawak Energy (SET-P) yang menyokong agenda kerajaan negeri untuk meningkatkan penjanaan tenaga boleh baharu secara mampan.

DATO James Ung ketika menyampaikan ucapan pada majlis makan malam penghargaan pengamal media di sebuah hotel terkemuka di Kuching, semalam.

Katanya, Sarawak Energy kini mengendalikan tiga empangan hidroelektrik utama iaitu Bakun berkapasiti 2,520 megawatt (MW), Murum (944MW) dan Batang Ai (94MW), manakala Projek Hidroelektrik Baleh berkapasiti 1,285MW sedang dalam pembinaan dan dijadualkan beroperasi sepenuhnya pada suku keempat 2030.

“Ketika ini, kapasiti penjanaan keseluruhan Sarawak Energy termasuk sumber terma dan tempatan adalah sebanyak 5,898MW dan kami menyasarkan sekurang-kurangnya 60 peratus daripada campuran tenaga datang daripada sumber boleh baharu menjelang 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam penghargaan pengamal media di sebuah hotel terkemuka, di sini, semalam.

Dalam pada itu, James berkata pengukuhan rangkaian penghantaran elektrik turut menjadi keutamaan bagi meningkatkan kebolehpercayaan sistem bekalan di seluruh negeri, termasuk penyiapan talian penghantaran 275kV Bunut–Lawas dan pengoperasian Pencawang Lawas pada Disember lalu.

Beliau berkata, projek tersebut bukan sahaja mengukuhkan bekalan elektrik di utara Sarawak, malah mengurangkan kebergantungan kepada penjanaan diesel serta membolehkan integrasi sistem yang lebih meluas.

Selain infrastruktur, Sarawak Energy turut mempergiat transformasi digital melalui inisiatif Grid Pintar dan Peruncitan Pintar (Smart Retail) bagi meningkatkan pengalaman pelanggan, termasuk pemasangan lebih 196,000 meter pintar di seluruh Sarawak setakat ini.

Katanya, lebih 380,000 pengguna aktif kini berdaftar dengan aplikasi SEB Cares yang membolehkan pelanggan mengurus bil, menerima notifikasi gangguan bekalan dan melaporkan isu teknikal secara digital.

Mengulas peralihan tenaga hijau, beliau berkata Sarawak Energy turut menyokong mobiliti rendah karbon dengan penubuhan rangkaian stesen pengecas pantas kenderaan elektrik (EV) di semua bandar utama Sarawak, sekali gus membolehkan perjalanan jarak jauh merentasi negeri ini.

Dalam aspek kerjasama serantau, James berkata Sarawak Energy telah memperoleh kelulusan bersyarat daripada Pihak Berkuasa Pasaran Tenaga Singapura pada Oktober 2025 untuk mengeksport sehingga 1GW tenaga boleh baharu, sekali gus menandakan pencapaian penting dalam kerjasama tenaga rentas sempadan.

Beliau berkata, langkah tersebut mengukuhkan peranan Sarawak sebagai peneraju tenaga boleh baharu dan menyokong aspirasi Malaysia dalam memajukan Grid Kuasa ASEAN.

Oleh Shahrul Qaizat dan Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Mangsa banjir di Sarawak terus berkurang
Next: RTP lambang pembangunan inklusif tanpa mengira kaum dan agama – Wilfred Yap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.