Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak Energy, JBIC jalin kerjasama dalam tenaga bersih ASEAN
  • SEMASA

Sarawak Energy, JBIC jalin kerjasama dalam tenaga bersih ASEAN

Utusan Sarawak 3 days ago
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (tengah) menyaksikan majlis menandatangani MoU antara Sarawak Energy Bhd, diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB Datuk Sharbini Suhaili (dua, kiri) dan JBIC, diwakili Pengarah Eksekutif Urusan JBIC Sekine Hiroki (dua, kanan). Foto Bernama

OSAKA: Sarawak Energy Bhd (SEB) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Japan Bank for International Cooperation (JBIC) untuk bekerjasama dalam pembangunan tenaga boleh baharu (RE), mempertingkatkan infrastruktur tenaga rentas sempadan dan bertukar-tukar pengetahuan teknikal.

Kerjasama itu mengukuhkan lagi usaha berterusan untuk menyokong peralihan tenaga di Asia Tenggara sambil memajukan kesalinghubungan dan kemampanan serantau.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata perjanjian antara Sarawak Energy dan JBIC juga akan membantu meningkatkan hubungan antara Sarawak dan Jepun.

“Ia (MoU) sangat tepat pada masanya. Dalam hal ini, saya ingin menjemput lebih banyak syarikat Jepun untuk melabur dan mengambil bahagian dalam agenda pembangunan ekonomi Sarawak,” katanya selepas majlis menandatangani perjanjian itu semasa upacara pembukaan Pavilion Malaysia di Expo 2025 Osaka, Jepun, hari ini.

MoU itu telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB Datuk Sharbini Suhaili dan Pengarah Eksekutif Urusan JBIC Sekine Hiroki, disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Turut hadir Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong dan Duta Besar Malaysia ke Jepun Datuk Shahril Effendi Abd Ghany.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, SEB berkata MoU berkenaan mewujudkan rangka kerja untuk kerjasama strategik dengan JBIC bagi memajukan inisiatif tenaga boleh baharu (RE) dan meningkatkan kesalinghubungan serantau.

Selaras dengan inisiatif Grid Tenaga ASEAN (APG) dan Komuniti Pelepasan Sifar Asia (AZEC), kerjasama itu akan menyumbang secara bermakna kepada kemampanan jangka panjang dan mengukuhkan kerjasama serantau.

“MoU ini adalah lanjutan daripada penglibatan berterusan susulan sidang kemuncak dua hala antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba di Putrajaya pada Januari 2025.

“Sidang kemuncak itu membincangkan bidang-bidang utama termasuk perdagangan, pelaburan, kerjasama tenaga, pendidikan dan keselamatan serantau yang akhirnya membawa kepada kemuncak peningkatan hubungan Malaysia–Jepun kepada Perkongsian Strategik Komprehensif,” tambah Sarawak Energy.

-Bernama  

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Perutusan: Pandu dengan berhemah bila balik untuk sambut Gawai Dayak – TYT
Next: Sarawak giatkan peranan dalam Grid Tenaga ASEAN, perluas visi TBB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.