Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Sarawak Eco-Run 4.0 raih sambutan hangat di Miri
  • KESIHATAN

Sarawak Eco-Run 4.0 raih sambutan hangat di Miri

Utusan Sarawak 8 hours ago
AMBIL BAHAGIAN…Sebahagian peserta yang menyertai Sarawak Eco-Run 4.0 Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung hari ini. Foto: Liong Chai Ling

MIRI: Seramai  1,322 peserta di sini menyertai Sarawak Eco-Run 4.0 peringkat Sarawak yang berlangsung hari ini di seluruh negeri sekali gus  mencatatkan jumlah penyertaan paling ramai bagi Daerah Miri.

Program itu adalah  salah satu acara tahunan ahli Pengakap Sarawak untuk memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman sendiri dalam menyertai program larian Pengakap Sarawak siri ke-4 tahun ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni hadir menyempurnakan Majlis Penutupan Sarawak Eco-Run 4.0 peringkat Sarawak bagi Daerah Miri 2025 di Taman Bulatan Miri di sini.

Berucap pada majlis itu, Lukanisman  berkata, bilangan penyertaan itu melibatkan ahli Pengakap Kanak-Kanak (sekolah rendah) dan ahli Pengakap Muda dan Remaja (sekolah menengah) serta kategori terbuka yang terdiri daripada guru pengakap dan ibu bapa. 

Katanya, anak-anak pengakap seluruh Sarawak berpeluang menyertai acara larian tiga kilometer  secara serentak seluruh ahli pengakap di Sarawak pada hari ini di kawasan masing-masing.

“Bilangan penyertaan ahli Pengakap Kanak-kanak (Sekolah Rendah) dan Ahli Pengakap Muda dan Remaja (Sekolah Menengah) serta kategori terbuka yang terdiri daripada guru pengakap dan ibu bapa hari ini lebih kurang sejumlah 1,322 peserta (28 buah sekolah) dan ini merupakan
penyertaan paling ramai antara seluruh daerah yang lain di Sarawak. 

“Saya cukup berbangga apabila mendengar itu. Syabas dan tahniah kepada anak-anak pengakap yang ada pada hari ini.

“Mereka ini jugalah merupakan bakal-bakal pemimpin negara kita pada masa akan datang.

“Saya dimaklumkan juga bahawa penyertaan ini bukan sahaja dalam kalangan anak- anak pengakap, tetapi juga penyertaan daripada ibu bapa dan guru- guru.

“Tahniah dan syabas kerana anda menjadi pendorong dan pemangkin semangat buat anak-anak pada hari ini. Teruskan memberi sokongan dan dorongan buat anak-anak dalam apa jua bidang yang mereka ceburi,” katanya.

Lukanisman berharap  agar program seperti ini terus dijalankan untuk manfaat kepada anak-anak didik agar terus bersemangat dan menonjolkan potensi yang lebih tinggi tidak kira dari aspek akademik mahupun kokurikulum.

“Aktiviti seperti inilah yang boleh melahirkan generasi anak-anak muda lebih berdaya tahan pada masa akan datang,”ujarnya.

Acara larian itu merupakan anjuran Majlis Pengakap Daerah Miri, Sarawak dengan kerjasama Jawatankuasa Eco Run 4.0 peringkat Sarawak. 

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Kempen derma darah kembali lagi di Sibu, 5 Julai ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.