Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sarawak dipacu ke arah pembangunan progresif, inklusif dan mampan di bawah kepimpinan Abang Johari
  • Utara
  • WILAYAH

Sarawak dipacu ke arah pembangunan progresif, inklusif dan mampan di bawah kepimpinan Abang Johari

Utusan Sarawak 4 hours ago
BERAMAH MESRA… Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ketika memeriahkan majlis Ramah Tamah Aidilfitri Daerah Limbang 2026 di Dewan Suarah Limbang. 

LIMBANG: Pembangunan Sarawak sedang dipacu ke arah fasa pembangunan yang jauh lebih progresif, inklusif, dan moden berteraskan strategi pembangunan yang mampan di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Sarawak mencatat pelbagai pencapaian gemilang di bawah kepimpinan Abang Johari yang memberi impak positif pertumbuhan ekonomi, pembangunan infrastruktur serta kesejahteraan rakyat.

“Di bawah kepimpinan beliau Sarawak kini sedang melangkah ke fasa pembangunan yang lebih progresif dan inklusif, Sarawak telah mencapai pelbagai pencapaian membanggakan, kita dapat meningkatkan hasil negeri yang signifikan.

“Dengan itu kita dapat melaksanakan pembangunan infrastruktur, membangunkan sosioekonomi masyarakat, menjaga kebajikan masyarakat, membangunkan bidang pendidikan, kemahiran, ini adalah penting apatah lagi kita sudah mula menceburi dalam bidang baharu,” katanya pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri Daerah Limbang 2026 di Dewan Suarah Limbang semalam.

Awang Tengah, yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua dan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan menggesa agar rakyar Sarawak terus bersatu padu serta memberi sokongan penuh kepada kepimpinan negeri dalam merealisasikan aspirasi pembangunan jangka panjang Sarawak.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) Datuk Dr Abdul Rahman Ismail dan tetamu lain.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM128 juta pacu pembangunan Kampung Sebena sejak 2017
Next: Nancy beri jaminan bantuan, percepat bina semula rumah mangsa kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.