Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak diiktiraf sebagai kuasa petroelektrik serantau
  • TEMPATAN

Sarawak diiktiraf sebagai kuasa petroelektrik serantau

Utusan Sarawak 7 hours ago
AMANAT… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada majlis Anugerah Kecemerlangan dan Perkhidmatan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), malam tadi. Foto Norman B

KUCHING: Sarawak terus mencipta naratif baharu dalam landskap tenaga serantau apabila diiktiraf sebagai sebuah ‘kuasa petroelektrik’, sekali gus mengangkat negeri ini sebagai antara destinasi strategik dunia bagi pembangunan teknologi baharu dan peralihan tenaga masa depan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pengiktirafan tersebut bukan sekadar gelaran, sebaliknya mencerminkan kekuatan sebenar Sarawak yang kini berdiri kukuh dengan gabungan dua sumber utama iaitu tenaga boleh diperbaharui dan gas asli.

SAKSI… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak dan Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC) pada majlis Anugerah Kecemerlangan dan Perkhidmatan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), malam tadi. Foto Norman B

Menurut beliau, dunia sedang melalui perubahan besar dalam struktur tenaga global, daripada era arang batu dan enjin stim, kepada bahan api fosil, dan kini bergerak pantas ke arah tenaga bersih serta berasaskan elektrik.

“Sarawak memiliki sumber tenaga boleh diperbaharui yang mampu menjana bekalan elektrik di samping kita juga mempunyai sumber gas yang menjadi sumber penting dalam penghasilan tenaga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Anugerah Kecemerlangan dan Perkhidmatan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), di sini, malam tadi.

SAKSI… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak dan Unimas pada majlis Anugerah Kecemerlangan dan Perkhidmatan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), malam tadi. Foto Norman B

Abang Johari menegaskan, jika negara pengeluar minyak di Asia Barat dikenali sebagai ‘negara pengeluar petroleum’, manakala negara maju seperti Jepun dan China pula dikategorikan sebagai ‘kuasa tenaga elektrik’, Sarawak kini berada dalam kelas tersendiri.

Katanya, gabungan kedua-dua kekuatan itu menjadikan Sarawak bukan sekadar peserta dalam transformasi tenaga dunia, tetapi antara peneraju awal yang membentuk masa depan tenaga mampan.

Lebih menarik, kelebihan tersebut turut menjadi tarikan kepada komuniti saintis antarabangsa apabila semakin ramai pakar luar negara hadir ke Sarawak bagi meneroka peluang kerjasama dalam bidang penyelidikan, inovasi dan teknologi baharu.

Perkembangan itu sekali gus menandakan Sarawak kini bukan lagi sekadar negeri kaya sumber, tetapi sedang melangkah sebagai kuasa tenaga baharu yang semakin mendapat perhatian dunia.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pelupusan buaya dilakukan secara berhemah, tidak dihebahkan bagi elak sensitiviti – SFC
Next: Yamal akui masih terlalu awal untuk beraksi penuh di Piala Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.