Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak diiktiraf antara Kluster Perindustrian Peralihan dunia – Abang Johari
  • SEMASA

Sarawak diiktiraf antara Kluster Perindustrian Peralihan dunia – Abang Johari

Utusan Sarawak 7 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Jambatan Marina di Miri, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Sarawak diiktiraf sebagai satu daripada 36 kawasan Kluster Perindustrian Peralihan di dunia dan satu-satunya di Malaysia, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata pengiktirafan itu diberikan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berpangkalan di Davos, Switzerland berikutan inisiatif Sarawak dalam membangunkan tenaga hijau.

“Bulan lepas saya dijemput untuk berucap di WEF Asia – Summer Davos 2025, namun kerana isteri saya uzur ketika itu, saya menghantar wakil iaitu Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Seri Julaihi Narawi.

“Namun, mereka mahukan saya sendiri untuk menyampaikan ucapan dan slot itu akhirnya diberikan kepada Perdana Menteri Singapura (Lawrence Wong). Ini menunjukkan Sarawak kini berada pada tahap kepimpinan dunia dan insya-Allah, saya akan dijemput untuk sesi seterusnya,” katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah projek Jambatan Marina di Miri, hari ini.

Beliau berkata kedudukan tinggi Sarawak pada hari ini adalah hasil daripada dasar pembangunan negeri yang menekankan pembangunan mampan dan mesra alam.

“Minggu lepas semasa saya berada di Jepun, mereka menyatakan kekaguman terhadap pendekatan Sarawak dalam menekankan penggunaan tenaga baharu.

“Sebab itu kita perlu pertahankan kedudukan ini. Sambil kita membangun dan meningkatkan hasil negeri, kita juga memulangkannya kepada rakyat seperti projek pembinaan jambatan di Marina Miri ini yang menelan kos RM400 juta,” katanya.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataan memaklumkan Jambatan Marina dijangka dianugerahkan kepada kontraktor pada suku keempat tahun ini.

Jambatan itu akan menghubungkan Marina Miri dan Semenanjung Miri, sekali gus memendekkan jarak perjalanan ke Pulau Melayu dan Lutong daripada 10 kilometer (km) kepada dua km serta mengurangkan masa perjalanan daripada 25 minit kepada lima minit.

Sementara itu, pada sidang media selepas majlis itu, Abang Johari berkata Kerajaan Sarawak kini giat menjalankan eksplorasi di kawasan Adong, Miri yang menunjukkan tanda-tanda positif terdapat simpanan sumber asli.

Beliau berkata kajian sedang dijalankan bagi mengenal pasti potensi sebenar kawasan berkenaan sebelum sebarang keputusan rasmi dibuat.

Dalam perkembangan yang lain, Abang Johari berkata Sarawak merangka pelan jangka panjang untuk memperkukuh Miri sebagai bandar pelancongan utama di utara negeri ini.

“Kerajaan akan membina jalan raya baharu yang menghubungkan Miri ke Marudi dan seterusnya ke Long Terawan berdekatan Mulu.

“Jalan berkenaan akan disambungkan ke jalan Gunung Buda di Limbang bagi memudahkan akses dan menggalakkan pembangunan ekonomi di utara Sarawak,” katanya.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah sertai ‘Unity Walk’ sempena Hari Sarawak 2025
Next: Kemeriahan sambutan Hari Sarawak dirasai hingga ke Parlimen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.