Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak di landasan tepat sebagai peneraju masa depan – TPM Fadillah  
  • SEMASA

Sarawak di landasan tepat sebagai peneraju masa depan – TPM Fadillah  

Utusan Sarawak 5 hours ago
PREMIER Sarawak merangkap Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Konvensyen GPS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof. Foto Bernama

KUCHING: Kepimpinan Sarawak yang menekankan pembangunan ekonomi berasaskan tenaga boleh baharu, ekonomi digital dan pendidikan meletakkan negeri itu pada landasan tepat sebagai peneraju masa depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof berkata Sarawak merangka hala tuju progresif melalui ekonomi berasaskan gas, tenaga boleh baharu dan industri hiliran sekali gus membuka peluang pekerjaan serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Ia menggambarkan kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memfokuskan kepada kedaulatan hak, kemakmuran jangka panjang dan kesinambungan pembangunan Sarawak,” katanya menerusi hantaran Facebook bersempena dengan Konvensyen Gabungan Parti Sarawak (GPS) 2026 di sini hari ini

Fadillah berkata ucapan Abang Johari pada perasmian konvensyen itu jelas mencerminkan pucuk kepimpinan Sarawak yang berwawasan, berani dan berpaksikan kepentingan rakyat.

Beliau berkata turut menyambut baik ketegasan Premier Sarawak dalam memperjuangkan hak negeri berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), khususnya dalam pengurusan sumber strategik seperti minyak dan gas. 

“Pendekatan yang diambil matang dan konstruktif dengan menekankan prinsip keadilan serta kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan negeri,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata konvensyen tersebut bukan sahaja memperkukuh kesepaduan dalam GPS, malah menjadi platform penting untuk menyelaraskan hala tuju pembangunan Sarawak selaras dengan aspirasi nasional.

Fadillah berkata komitmen GPS untuk memastikan kestabilan politik, perpaduan rakyat serta kesinambungan kepimpinan melalui gabungan pengalaman dan generasi muda, asas penting dalam menjamin kemakmuran jangka panjang.

“Seluruh lapisan rakyat tanpa mengira kaum harus bersama-sama segulai sejalai (seiring sejalan) dengan Kerajaan Negeri Sarawak dalam memastikan setiap inisiatif pembangunan dapat dilaksanakan dengan berkesan demi kesejahteraan rakyat dan Sarawak Maju Makmur,” katanya. 

-Bernama  

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: PDP sedia hadapi PRN, perpaduan dalam GPS jadi kekuatan utama
Next: Kru AMAL: Bukan sekadar tugas di awan, peneman setia tetamu Allah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.