Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak dan New Zealand perkukuh kerjasama dalam sektor pertanian
  • TEMPATAN

Sarawak dan New Zealand perkukuh kerjasama dalam sektor pertanian

Utusan Sarawak 5 days ago
ERAT HUBUNGAN…Dr Abdul Rahman menyerahkan buku berkaitan M-FICORD kepada Hamish Marr. Foto M-FICORD

LAWAS: Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD), Datuk Dr Abdul Rahman Ismail menerima kunjungan hormat Duta Khas Perdagangan Pertanian New Zealand, Hamish Marr, di Bangunan Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) hari ini.

Pertemuan itu bertujuan bertukar pandangan mengenai cabaran dan peluang dalam sektor pertanian antara Sarawak dan New Zealand.

PERKONGSIAN MAKLUMAT…Datuk Dr Abdul Rahman Ismail menerangkan cabaran dan peluang dalam sektor pertanian di Sarawak. Foto M-FICORD

Kedua-dua pihak turut berkongsi maklumat mengenai peranan PPNS dalam menyokong petani di Sarawak serta meneroka potensi kerjasama jangka panjang dalam sektor pertanian.

PRODUK SARAWAK…Dr Abdul Rahman membawa Hamish Marr melihat produk keluaran Sarawak yang dipasarkan oleh PPNS. Foto M-FICORD

Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia dan Brunei, Michael Walsh, Konsul Kehormat New Zealand di Sarawak, Tan Sri Hamid Bugo, Penasihat Dasar Suruhanjaya Tinggi New Zealand di Kuala Lumpur, Najla Bustaman serta pegawai kanan M-FICORD.

Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 227 penerima dirai dalam Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak
Next: DEKOMS umum barisan kepimpinan baharu, terus komited bantu usahawan kecil

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.