Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak CSO-SDG Alliance perkukuh usaha pembangunan mampan melalui pengukuran impak
  • SEMASA

Sarawak CSO-SDG Alliance perkukuh usaha pembangunan mampan melalui pengukuran impak

Utusan Sarawak 3 days ago
SESI bergambar di dinding SDG bersama fasilitator dan peserta.

KUCHING: Sarawak CSO-SDG Alliance berjaya menghimpunkan seramai 25 peserta daripada organisasi masyarakat sivil (CSO), badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan belia berdaftar (ROY) bagi memperkukuh kapasiti dalam pengukuran impak.

Langkah ini bertujuan bagi menyelaraskan usaha mereka dengan lima tonggak Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) iaitu Manusia, Planet, Kemakmuran, Keamanan dan Perkongsian.

Sesi yang berlangsung semalam, menekankan bahawa advokasi SDG bukan sekadar melaksanakan aktiviti, sebaliknya mesti berasaskan bukti dengan menunjukkan impak sebenar terhadap komuniti dan sistem.

PARA peserta menerangkan halatuju untuk melaksanakan SDG.

Bersama fasilitator daripada Malaysia CSO-SDG Alliance iaitu Kennedy Michael, Omna Sereni Ong dan Dato’ Indrani, para peserta didedahkan dengan kaedah praktikal untuk menguraikan kerangka SDG kepada langkah yang lebih mudah dilaksanakan.

Kerjasama ini turut memastikan usaha Sarawak selari dengan agenda SDG di peringkat nasional.

Keperluan untuk bertindak berasaskan impak semakin mendesak apabila laporan UNICEF 2023 menunjukkan satu daripada setiap lima kanak-kanak mengalami masalah bantut sekali gus menjadi peringatan jelas tentang cabaran kekurangan zat makanan dan kelaparan tersembunyi. 

Isu ini turut diberi penekanan oleh Kementerian Ekonomi untuk mengatasi masalah tersebut sebagai langkah membina komuniti yang lebih sihat dan berdaya tahan di Sarawak serta seluruh negara.

PENGERUSI Bersama Sarawak CSO-SDG Alliance, Gabriel Hii menerangkan tujuan pengukuran impak SDG.

“Menjadi bijak secara individu hanya mampu membawa kita setakat itu sahaja. Kejayaan sebenar berlaku apabila kita bekerjasama. Kepada semua peserta, anda sudah pun menjadi juara dalam kapasiti masing-masing,” kata Pengerusi Bersama Sarawak CSO-SDG Alliance, Gabriel Hii.

Mengulas halatuju masa depan, beliau berkata Sarawak CSO-SDG Alliance akan memajukan beberapa inisiatif utama di bawah Pelan SDG Sarawak 2025.

Antara inisiatif tersebut termasuk pemetaan SDG di Sarawak bagi mengenal pasti jurang dan peluang intervensi, lima tonggak teras SDG Sarawak untuk membawa suara tempatan ke peringkat nasional, pembangunan kapasiti data warganegara bersama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), pembangunan kapasiti pengukuran impak, metodologi piawaian terbuka untuk projek, serta libat urus sektor swasta bagi mengembangkan kerjasama dengan sektor perniagaan.

“Penganjuran sesi ini membuktikan kesungguhan gabungan masyarakat sivil Sarawak untuk menjadikan agenda SDG lebih praktikal dan berkesan sekali gus menyokong usaha kerajaan membina masa depan negeri yang mampan,” tambah Gabriel. 

Selain itu, Forum Beyond GDP di Kuala Lumpur pada November ini juga bakal menjadi platform penting untuk Sarawak menyumbang perspektif dalam wacana nasional mengenai pembangunan inklusif dan mampan.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Lo Khere Chiang clarifies that Malaysia was born in 1963, not 1957
Next: Kuching jadi tuan rumah Kongres Persatuan Ayam Veterinar Sedunia 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.