Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sarawak contoh unggul keharmonian kaum
  • Tengah
  • WILAYAH

Sarawak contoh unggul keharmonian kaum

Utusan Sarawak 1 day ago
UCAPAN…. Datoʼ Sri Huang Tiong Sii berucap pada majlis makan malam Hari Gawai 2025.

SARIKEI: Sarawak sentiasa menjadi teladan unggul dalam mengekalkan keharmonian antara kaum, kata Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii.

Katanya, rakyat Sarawak hidup bersama dalam suasana yang penuh persefahaman dan saling menghormati, di mana kepelbagaian bukan dilihat sebagai pemisah, tetapi sebagai kekuatan yang menyatukan.

UNTUK ALBUM… Datoʼ Sri Huang Tiong Sii bergambar bersama JKKK rumah panjang dari DUN Repok dan DUN Meradong yang hadir.

“Perayaan seperti Hari Gawai menjadi bukti nyata bahawa perpaduan di Sarawak bukan sekadar kata-kata, tetapi suatu tradisi yang terpahat kukuh dalam budaya dan jiwa masyarakat kita.

“Saya percaya, melalui majlis seperti ini, kita bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan sesama rakan dan jiran, malah dapat memupuk semangat muhibah dalam kehidupan masyarakat kita yang pelbagai.

“Harapan saya agar usaha kecil ini dapat menjadi jambatan yang menyatukan kita, dan majlis ini menjadi ruang untuk kita mengenali satu sama lain dengan lebih dekat, melangkaui sempadan kaum dan budaya,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam Hari Gawai 2025, bertempat di Dewan Sentral Sarikei, baru-baru ini.

UPACARA MIRING… Datoʼ Sri Huang Tiong Sii menyaksikan upacara miring.

Tiong Sii turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas kepimpinan beliau yang berwawasan serta iltizam dan tidak berbelah bahagi dalam membawa negeri Sarawak ke arah pembangunan inklusif.

“Antara bukti komitmen beliau ialah kejayaan Projek Jambatan Batang Rajang yang menjadi penghubung baharu kepada penduduk Sarikei dan kawasan sekitarnya.

“Jambatan ini bukan sahaja memudahkan pergerakan rakyat, malah membuka lebih banyak peluang ekonomi dan mempercepatkan pembangunan luar bandar secara menyeluruh,” katanya.

RASMI… Datoʼ Sri Huang Tiong Sii memukul gong sebagai simbolik perasmian majlis makan malam Hari Gawai 2025.

Tambahnya, di bawah kepimpinan Abang Johari, banyak inisiatif telah diperkenalkan demi memastikan pembangunan luar bandar terus berkembang, budaya tempatan terus dipelihara, dan perpaduan rakyat terus diperkukuh.

“Tidak dapat dinafikan, usaha-usaha pemerkasaan komuniti dan pelestarian warisan kebudayaan seperti sambutan Hari Gawai terus mendapat perhatian dan sokongan yang kukuh di peringkat kerajaan negeri,” katanya.

Pada majlis sama, beliau turut menyerahkan peruntukan khas Projek Pintu kepada 289 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Sarikei dan Meradong.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Benteng hakisan baharu di Pusat Komuniti Debak siap sepenuhnya
Next: 77 lampu solar disumbang untuk empat sekolah di Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.