Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak contoh perpaduan kaum
  • TEMPATAN

Sarawak contoh perpaduan kaum

Utusan Sarawak 5 years ago
KENANGAN… Dato’ Sri Fatimah Abdullah merakam gambar bersama 24 Ahli Jawatan Kuasa Tindakan Perpaduan Negeri Sarawak yang baharu selepas mesyuarat mereka yang pertama semalam bertempat di Bilik Gerakan SUPS, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga di sini semalam.

KUCHING: Seramai 24 Ahli Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri Sarawak yang baharu mengadakan mesyuarat pertama mereka semalam di Bangunan Sultan Iskandar.

Mesyuarat ini dihadiri oleh Pengerusinya Dato’ Sri Fatimah Abdullah.

Ahli jawatankuasa ini terdiri daripada pelbagai kaum, ketua-ketua pertubuhan dan badan bukan kerajaan (NGO) di Sarawak.

Menurut Fatimah, pada hari ini (4 September), satu program akan diadakan di Dewan Yayasan Sarawak bagi mendapatkan input dan maklum balas daripada rakyat mengenai isu perpaduan di Sarawak.

“Sarawak telah menjadi negeri contoh untuk perpaduan kaum.

“Walaupun kita sudah menjadi ‘role model’ untuk negeri lain, kita tidak boleh mendabik dada dan merasa lega.

“Hal ini kerana, perpaduan mesti terus dipupuk, dipelihara dan disuburkan,” katanya pada sidang media.

Beliau turut menasihati rakyat negeri ini agar mengelakkan perkara sensitif yang boleh menggugat keamanan dan keharmonian Sarawak.

“Isu tentang agama, politik yang melampau dan media sosial yang negatif perlu dielakkan. Jangan wujudkan kebencian antara kaum di negeri ini,” tegasnya.

Ujar Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak itu lagi, sebanyak 38 sesi randau komuniti di seluruh Sarawak akan dilaksanakan tahun ini.

“Sesi ini nanti akan melibatkan belia, kebudayaan, makanan dan aktiviti yang melibatkan solidariti,” katanya.

Continue Reading

Previous: ADUN Tamin lawat tapak bina Rumah Agak
Next: Pertahan semua kerusi majoriti Bidayuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.