Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak cipta sejarah dengan rekod dunia Guinness perjalanan dron sejauh 1,706.7 kilometer
  • TEMPATAN

Sarawak cipta sejarah dengan rekod dunia Guinness perjalanan dron sejauh 1,706.7 kilometer

Utusan Sarawak 7 hours ago

DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian ketika penyampaian sijil Rekod Dunia Guinness oleh Jacob Yip Chong Wai, Penilai Rekod Dunia Guinness bagi kategori perjalanan jarak kumulatif terpanjang menggunakan relay dron multirotor kawalan jauh.- Foto UKAS

KUCHING: Sarawak menyambut ketibaan tahun 2026 dengan penuh gemilang apabila berjaya menggabungkan sambutan Ambang Tahun Baharu dengan pencapaian bersejarah Rekod Dunia Guinness (GWR) di Tebingan Kuching, sekali gus mengukuhkan kedudukan negeri ini sebagai Gerbang ke Borneo serta membuka tirai kepada Tahun Melawat Malaysia 2026.

Ribuan pengunjung membanjiri kawasan tebingan Kuching malam tadi, 31 Disember 2025 bagi menyaksikan Detik 2026 yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP). 

TUN Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi ketika hadir memeriahkan Ambang Tahun Baharu di Tebingan Kuching. Foto Norman B

Sambutan tersebut dimeriahkan dengan lebih 10 persembahan oleh artis tempatan, nasional dan antarabangsa sebelum diakhiri dengan pertunjukan bunga api muzikal yang memukau tepat detik tengah malam.

Dalam satu pencapaian luar biasa, Sarawak telah diiktiraf oleh Rekod Dunia Guinness bagi kategori perjalanan jarak kumulatif terpanjang menggunakan relay dron multirotor kawalan jauh, yang merupakan pencapaian pertama seumpamanya di dunia. 

Rekod tersebut melibatkan perjalanan sejauh 1,706.7 kilometer merentasi Sarawak selama enam hari, menggunakan dron bersiri berpenjejakan GPS bagi membentuk laluan udara berterusan dari Tanjung Datu hingga ke Lawas.

MEMUKAU…Pertunjukan bunga api yang memukau pengunjung ketika sambutan Ambang Tahun Baharu di Tebingan Kuching. Foto Shikin Mahmud

Pengumuman bersejarah itu turut disertai tayangan perdana dunia filem dron bertajuk Gateway to Borneo, yang memaparkan keindahan landskap, kepelbagaian budaya dan komuniti Sarawak dari perspektif udara.

Menjelang 2026, pencapaian tersebut menzahirkan kesiapsiagaan Sarawak untuk terus memperkukuh momentum ke arah Tahun Melawat Malaysia 2026 menerusi kreativiti, teknologi dan penceritaan visual, sekali gus mengangkat negeri ini sebagai destinasi bertaraf global.

Acara diteruskan dengan persembahan artis terkenal tanah air seperti KRU, Dayang Nurfaizah, Jatt Ali dan Naqiu, selain persembahan seni kreatif Sarawak merangkumi tarian tradisional, persembahan kontemporari serta penampilan artis tempatan popular. 

PERSEMBAHAN oleh penyanyi terkenal Indonesia, Judika, yang memeriahkan suasana hingga ke awal pagi. Foto Norman B

Sambutan diteruskan selepas tengah malam dengan persembahan eksklusif oleh penyanyi terkenal Indonesia, Judika, yang memeriahkan suasana hingga ke awal pagi.

PERSEMBAHAN daripada artis tempatan popular, Mawat. Foto Norman B

Kejayaan penganjuran Countdown 2026 serta pencapaian Rekod Dunia Guinness itu bukan sahaja menjadi detik membanggakan buat Sarawak, malah meninggalkan legasi aset visual dan penceritaan global yang akan terus mempromosikan negeri ini sepanjang Tahun Melawat Malaysia 2026 dan seterusnya.

Oleh Norman B dan Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: 2026 fasa penting Sarawak menuju wilayah maju 2030 – Abang Johari
Next: Bomba laksana rondaan banjir, 15 penduduk dipindahkan di Kampung Segedup 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.