Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Sarawak catat sejarah pelancaran teknologi rawatan kanser pertama di Borneo
  • KESIHATAN

Sarawak catat sejarah pelancaran teknologi rawatan kanser pertama di Borneo

Utusan Sarawak 23 hours ago
Timbalan Premier, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berucap mewakili Premier Sarawak sempena pelancaran dua teknologi rawatan kanser pertama di Borneo di Borneo Medical Centre (BMC) Kuching, hari ini. Foto Adele Rissa 

KUCHING: Sarawak mencipta sejarah apabila menjadi negeri pertama di Borneo memperkenalkan teknologi rawatan dan pengimejan kanser bertaraf dunia, Advanced Halcyon Radiotherapy System dan Gallium-68 PSMA PET/CT Scan, di Borneo Medical Centre (BMC) di sini, hari ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, berkata pelancaran dua teknologi berkenaan menandakan kemajuan besar dalam memperkukuh sistem kesihatan negeri.

“Dua teknologi baharu ini membawa rawatan kanser bertaraf dunia lebih dekat kepada rakyat Sarawak dan mencerminkan komitmen kerajaan negeri memperluas akses kepada rawatan moden tanpa perlu ke luar negeri,” katanya.

Dr Sim Kui Hian meninjau kemudahan Advanced Halcyon Radiotherapy System yang dilancarkan di Borneo Medical Centre Kuching. Foto Adele Rissa 

Beliau menjelaskan bahawa Halcyon Radiotherapy System merupakan antara teknologi radioterapi paling maju di dunia yang membolehkan rawatan dilakukan dengan lebih cepat, tepat dan selesa, selain meminimumkan pendedahan radiasi kepada tisu sihat.

Pelaksanaan Gallium-68 PSMA PET/CT Scan Service pula membolehkan pengimejan berketepatan tinggi untuk pengesanan awal kanser prostat, sekali gus meningkatkan kadar kejayaan rawatan dan kelangsungan hidup pesakit.

Abang Johari turut memuji inisiatif Borneo Medical Centre sebagai kumpulan perubatan swasta tempatan yang melabur sebanyak RM20 juta bagi membawa masuk teknologi tersebut.

Dr Sim Kui Hian melawat unit Gallium-68 PSMA PET/CT Scan, antara teknologi pengimejan kanser pertama diperkenalkan di Borneo. Foto Adele Rissa 

Usaha itu bukan sahaja memperkukuh keupayaan rawatan dalam negeri, malah mengurangkan kebergantungan pesakit terhadap hospital di Semenanjung dan luar negara.

“Perkembangan ini sejajar dengan aspirasi kerajaan negeri untuk menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan kesihatan serantau dan destinasi pelancongan perubatan berdaya saing di rantau ini,” ujarnya.

Beliau berkata, gabungan teknologi moden, kepakaran profesional tempatan serta keunikan alam semula jadi Sarawak mampu mewujudkan persekitaran pemulihan holistik kepada pesakit dari seluruh Borneo dan negara jiran.

Oleh Adele Rissa

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Kadar jangkitan influenza menurun pada ME43/2025 – KKM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.