Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak catat sejarah di ICCA 2025
  • SEMASA

Sarawak catat sejarah di ICCA 2025

Utusan Sarawak 14 hours ago
BESARAWAK menerima Anugerah Penghargaan ICCA (ICCA Award of Appreciation) sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besar mereka dalam memajukan industri acara perniagaan di rantau Asia Pasifik.

PORTO: Sarawak mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi satu-satunya negeri dari Asia yang diwakili menteri pada sesi rasmi Kongres Persatuan Konvensyen dan Kongres Antarabangsa (ICCA) 2025 di Porto, Portugal.

Delegasi terbesar Sarawak yang diketuai Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, tampil di pentas antarabangsa memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai kuasa global dalam industri acara perniagaan berasaskan legasi.

Dalam sesi “Dialog Antara Menteri dan Pemimpin Negeri: Cara Bekerjasama Dengan Berkesan”, Abdul Karim mencipta sejarah sebagai menteri pertama dari Asia yang dijemput menyertai perbincangan rasmi ICCA mengenai kerjasama antara kerajaan dan industri.

DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mencipta sejarah apabila menjadi menteri pertama di Asia yang berucap pada Kongres ICCA membincangkan kerjasama antara kerajaan dan industri.

Beliau menegaskan bahawa kejayaan Sarawak membangunkan industri acara perniagaan berpaksikan legasi dicapai melalui pendekatan menyeluruh kerajaan dan industri yang menekankan kerjasama jangka panjang serta penyelarasan dengan keutamaan nasional.

“Pemikiran jangka panjang amat penting bagi mengukuhkan keyakinan serta menyelaraskan keperluan industri dengan keutamaan negara,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini

Beliau turut mengumumkan bahawa sebanyak 12 memorandum persefahaman (MoU) bakal ditandatangani bersama kementerian-kementerian di Sarawak pada Disember depan bagi memperkukuh komitmen kerajaan terhadap industri acara perniagaan.

“Ini akan menjadi kerjasama kerajaan dan industri terbesar dalam sejarah industri acara perniagaan Malaysia,” tegasnya.

Sementara itu, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datu Hii Chang Kee, dan Ketua Pegawai Eksekutif Business Events Sarawak (BESarawak), Amelia Roziman, turut dijemput sebagai panel semasa mesyuarat ICCA Asia Pacific Chapter

Datu Hii ketika ditemui berkata, kejayaan Sarawak mengekalkan kadar kemenangan bidaan 100 peratus sejak 2021 adalah hasil sokongan padu kerajaan negeri serta usaha bersepadu antara kementerian, agensi dan rakan industri.

“Kejayaan ini bukan semata-mata hasil pelaburan dalam topik berimpak tinggi, tetapi juga kerana komitmen kuat kerajaan terhadap kolaborasi dan pembangunan legasi komuniti,” jelasnya.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Isu Petros-Petronas: Perbetul salah maklumat, perkuat fakta -Senator
Next: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah terima kunjungan hormat Duta Besar Norway ke Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.