Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak catat rekod tertinggi ketibaan pelawat dari Singapura sepanjang 2025
  • TEMPATAN

Sarawak catat rekod tertinggi ketibaan pelawat dari Singapura sepanjang 2025

Utusan Sarawak 6 hours ago
 PENGANJURAN Pameran MEGA Sarawak 2025 di Suntec City, Singapura pada Oktober lalu.

SINGAPURA: Sarawak mencatatkan pencapaian bersejarah apabila merekodkan jumlah ketibaan pelawat tertinggi dari Singapura sepanjang 2025, sekali gus mengukuhkan kedudukan republik itu sebagai antara pasaran pelancongan paling strategik bagi negeri ini.

Menurut Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Singapura (STATOS), seramai 64,295 pelawat dari Singapura direkodkan berkunjung ke Sarawak pada 2025, meningkat 5.8 peratus berbanding 59,793 pelawat pada tahun sebelumnya.

“Berdasarkan anggaran perbelanjaan purata sebanyak RM3,500 seorang, pelancong dari Singapura menyumbang sekitar RM225 juta kepada hasil pelancongan Sarawak sepanjang tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

STATOS memaklumkan peningkatan tahunan ini sahaja telah menjana tambahan sekitar RM15.7 juta kepada ekonomi negeri, sekali gus memberi manfaat langsung kepada sektor hospitaliti, peruncitan dan pengangkutan tempatan.

Lebih signifikan, angka tersebut tidak termasuk komuniti ekspatriat yang menetap di Singapura, sekali gus menunjukkan impak ekonomi sebenar berpotensi jauh lebih tinggi.

Dalam pada itu, STATOS turut mencatat kejayaan dalam sektor pelancongan pendidikan apabila berjaya membawa masuk kumpulan sekolah antarabangsa dan sekolah awam dari Singapura ke Sarawak sepanjang 2025, menjana pendapatan melebihi RM2 juta dan mengatasi sasaran awal ditetapkan.

Usaha berterusan STATOS juga merangkumi pengukuhan kerjasama strategik dengan sektor pendidikan Singapura melibatkan projek bersama, penempatan industri dan kolaborasi akademik, selari dengan usaha memposisikan Sarawak sebagai destinasi pembelajaran dan pengalaman pendidikan.

Kejayaan tersebut turut disumbang oleh pelaksanaan strategi pemasaran bersepadu menerusi platform digital dan tradisional, termasuk kerjasama media arus perdana Singapura, kempen media sosial berskala besar serta sokongan kepada lebih 250 syarikat dalam memperkukuh jaringan perdagangan dan pelancongan antara kedua-dua wilayah.

Penganjuran Pameran MEGA Sarawak 2025 di Suntec City, Singapura pada Oktober lalu turut dikenal pasti sebagai pemangkin utama pertumbuhan, dengan lebih 8,000 produk makanan autentik Sarawak terjual serta capaian digital melebihi 50 juta penonton global.

Pengerusi STATOS, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani berkata, pencapaian itu membuktikan Sarawak semakin menjadi pilihan utama pelancong Singapura, khususnya untuk percutian singkat yang berkualiti dan bermakna.

Beliau menegaskan STATOS akan terus komited memacu pertumbuhan mampan serta memastikan Sarawak kekal relevan dan berdaya saing dalam pasaran Singapura melalui penawaran ekopelancongan, acara perniagaan dan segmen pelancongan khusus.

Continue Reading

Previous: Cabaran Aplikasi Mudah Alih 8.0 perkukuh Sarawak sebagai hab pembangunan bakat digital
Next: Delegasi kerajaan Perak diberi taklimat Projek KUTS Sarawak Metro

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.